Oleh Izzah Abbasy
Siapa tak pernah jatuh cinta? Ala, masa kecil dulu pun mesti pernah terjatuh hati pada rakan sekelas, kawan sekampung mahupun senior. Betul tak? Kemudian mulalah mandi pun tak basah, makan tak kenyang sebab asyik mengelamun saja. Bagaimana perasaan atau tanda-tanda awal anda jatuh cinta? 1) Anda ada ramai kawan, tetapi dalam ramai-ramai kawan, anda hanya teringat pada si dia sahaja. Siap terfikir si dia dah makan atau belum, sihat atau tak dan adakah si dia juga mengingati anda. 2) Timbul rasa resah gelisah apabila sehari tidak dengar suara si dia. Anda mulalah menjadi 'stalker' profesional melihat laman sosial miliknya. Anda akan pastikan boleh melihat setiap yang dikemaskini oleh si dia. Tetapi jika dapat bercakap atau mendengar suara si dia, anda merasakan dunia ini milik anda berdua sahaja. 3) Anda automatik menjadi cemburu apabila si dia bercerita tentang kelebihan orang lain. Bukan setakat bercerita, malah memuji-muji orang lain di hadapan anda. Lagilah bertambah sakit hati. Jika boleh, anda ingin si dia hanya memuji anda dan nampak anda seorang sahaja di mata si dia. 4) Kalau boleh hari-hari nak jumpa dengan si dia. Tetapi disebabkan oleh kekangan masa dan komitmen masing-masing, anda hanya dapat berjumpa sekali sebulan sahaja. Apabila dah berjumpa, anda akan pastikan perjumpaan itu bukan suatu 'dating' yang sia-sia sahaja. Anda akan melakukan kejutan untuk si dia. Bahkan, saat berpisah pasti anda terasa tidak sanggup untuk melepaskan si dia pergi. Terasa masa berjalan dengan begitu pantas sekali. 5) Apa-apa sahaja pemberian daripada si dia pasti anda menyimpannya. Plastik coklat, surat, kad, bunga yang dah layu, tiket bas, tiket wayang dan sebagainya. Kalau boleh nak buat 'frame' dan gantung untuk tatapan anda serta anak cucu. 'Sweet' saja kan bila mula-mula jatuh cinta. Harap-harap ia berterusanlah sehingga tamatnya. Seronok bila ada yang menghargai dan dihargai. Lumrah, setiap pasangan selalu impikan kebahagiaan dan cinta yang berkekalan. Adakah anda mempunyai pengalaman lain semasa jatuh cinta? - CARI Infonet
|
9
Bagus |
8
Marah |
8
Terkejut |
10
Sedih |
6
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT