Oleh Izzah Abbasy
Sebagai ibu bapa, anda pasti mahu melihat anak anda membesar dengan perkembangan yang baik. Apabila bayi comel anda sudah mahir berjalan tentu sahaja ingin melihatnya boleh bercakap pula. Rasa tak sabar hendak mendengar perkataan pertama keluar daripada mulut comel tersebut. Tapi bagaimana cara terbaik hendak mengajar si manja bercakap? Ada teknik tertentukah? Sebenarnya bayi mula belajar bercakap sejak dia pandai mengeluarkan bunyi lagi pada usia 3 hingga 4 bulan. Pada usianya 8 bulan ke atas, bayi sudah pandai membunyikan perkataan tertentu. Galakkan anak anda banyak bercakap dengan cara kerap melayannya berbual. Walaupun dia kelihatan tidak faham tapi percayalah dia sedang menyimpan apa yang didengarkan itu dalam kotak memorinya. Jangan melarang anak belajar bercakap, biarpun perkataannya tidak difahami atau berulang-ulang. Berikut 6 cara merangsang si manja lancar bercakap: 1. Teruskan peniruan Biarkan anak meniru apa yang anda ucapkan. Ini kerana dia dalam tempoh belajar becakap dan mengumpul perbendaharaan kata. Menghalang anak meniru percakapan anda akan membuatkan anak hilang minat untuk menyebut perkataan yang didengarkannya. 2. Berbual Ini teknik mudah yang boleh dipraktiskan sejak anak lahir lagi. Kekerapan ibu ayah melayan anak berbual membuatkan si anak lagi cepat bertutur. Dalam masa yang sama dedahkan anak dengan penggunaan bahasa asing seperti Bahasa Arab, Inggeris dan Mandarin. 3. Ajar sebutan betul Jangan mengada-ngada untuk mengajar anak anda bercakap pelat. Ajar anak bercakap dengan cara sebutan yang betul. Tidak semestinya bercakap dengan anak kecil perlu bahasa yang pelat. 4. Kata-kata negatif Pendedahan kepada pelbagai bahasa negatif daripada persekitaran seperti orang sekeliling, televisyen dan sebagainya boleh membuatkan si kecil pandai menuturkan kata-kata negatif. Nasihatkan anak kecil yang tidak tahu apa yang dituturkan itu. 5. Ajar perkataan positif Beri dorongan kepada anak untuk bercakap bahasa yang sopan. Misalnya, ajar ungkapan "terima kasih", "minta maaf" untuk semua perbuatan yang dia atau anda lakukan. Secara tidak langsung anak akan tahu penggunaan perkataan itu pada situasi yang bagaimana. 6. Pengulangan Si kecil bukan belajar bercakap dalam masa sehari sahaja. Tetapi ibu ayah perlu rajin mengulang perkataan yang sama setiap hari. Lama kelamaan dia akan pandai bertutur dengan sendiri. Yang penting ibu ayah tidak malas melakukan rangsangan ini! Semoga info yang diberikan membantu ibu bapa mengajar anak bercakap sekaligus melancarkan lagi pertuturan si kecil ini. - CARI Infonet Sumber info : PAMA
|
9
Bagus |
12
Marah |
7
Terkejut |
7
Sedih |
8
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT