Oleh Adib Za
Sebagai ibu bapa, ada masanya ingin menegur anak-anak, tapi risau jika mereka terasa hati dan menjauhkan diri.
Iyalah, ibu bapa moden harus faham, anak-anak zaman ini bukan seperti dahulu yang boleh dileteri selalu. Silap kata nanti ada yang merajuk dan sentap! Memang susah bila berhadapan situasi ini. Namun, usahlah risau, setiap masalah itu ada solusinya. Yang penting sentiasa berikan tunjuk ajar yang baik, jaga emosi anda dan tona suara. Jom lihat 3 cara menegur anak yang cepat terasa ini, menurut majalah Mingguan Wanita: 1. Perbuatan: Jangan kedekut nak peluk anak dan kadang boleh belai mereka lebih sebelum tidur. Ini jalan mudah untuk pujuk emosi anak setiap hari. Tambah pula kalau kedua ibu bapa bekerja.
2. Kata-kata dorongan: Sesekali ucap dan luah kata sayang untuk tanam kepercayaan bahawa dia mampu melakukan sesuatu yang lebih baik atau berbeza daripada orang lain. 3. Bahasa tubuh: Anak mula bercakap, anda pun kena hadap. Jangan sekadar angguk tetapi mata tengok tv atau telefon. Boleh sampaikan cara yang paling mudah anak nampak seperti senyuman, anggukan setuju dan gelengan kepala menolak perbuatan, ibu jari tanda bagus untuk menambahkan kekuatan perbuatan dan kata-kata daripada ibu dan ayah. - CARI Infonet (Sumber: Mingguan Wanita)
|
12
Bagus |
10
Marah |
14
Terkejut |
22
Sedih |
18
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT