Oleh : TS LOO
Jangan ambil mudah soal kesihatan terutama jika anda menghidap asma atau lelah. Tinjauan yang dijalankan oleh Realise Asia mendapati sembilan daripada 10 penghidap asma percaya penyakit mereka dapat dikawal di sebalik gejala yang berterusan dan serangan asma. Hasil tinjauan yang ditaja Mundipharma Pharmaceuticals menunjukkan bahawa 93 peratus daripada 151 responden Malaysia tidak menganggap penyakit asma mereka itu serius. Sementara itu, 79 peratus pula percaya mereka boleh mengawal penyakit mereka tanpa bantuan doktor dan separuh daripada responden memberitahu mereka tidak seronok menggunakan alat sedutan atau "inhaler."
Sebagai tambahan kepada hasil tinjauan itu, 41 peratus tidak merasa penting untuk mengambil ubat secara kerap memandangkan mereka tidak mengalami gejala atau serangan asma. Bagaimanapun, di sebalik tanggapan positif responden, 92 peratus daripada mereka masih mengalami pelbagai gejala yang membimbangkan termasuk sesak nafas, batuk dan sakit dada. Seramai 62 peratus mengalami masalah susah tidur akibat gejala asma yang berlaku pada waktu malam yang memerlukan rawatan dan 40 peratus memerlukan rawatan kecemasan di hospital. Asma atau lelah adalah penyakit saluran udara jangka panjang yang kronik. Ia boleh menyebabkan nafas berbunyi, sesak nafas, ketat dada dan batuk. Ciri utama penyakit ini ialah pencerutan saluran udara dalam paru-paru yang berpunca daripada inflamasi dan menyebabkan pesakit sukar bernafas. Batuk yang berterusan tanpa demam, terutamanya pada waktu malam dan awal pagi adalah tanda kuat asma. Tidak seperti penyakit alahan seperti rinitis dan ekzema, asma berkait dengan faktor genetik dan alam sekitar. Antara punca yang menyebabkan serangan asma termasuk alergen seperti habuk, bulu haiwan, lipas dan debunga. Punca lain berkaitan dengan asap rokok serta kimia di samping perubatan, seperti contoh aspirin serta kegiatan fizikal. Sekiranya tidak dirawat, gejala mungkin menjadi lebih teruk dan menjadi lebih rumit untuk dikawal. Pesakit juga berdepan dengan risiko sakit mendadak, terpaksa dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia. Asma dianggap isu kesihatan awam serius dan melibatkan lebih 70 juta orang di Asia dan angka ini semakin meningkat. Antara pilihan untuk mengurus asma ialah dengan penggunaan alat sedutan pengawal dan alat sedutan penahan. Alat sedutan pengawal biasanya digunakan dua kali sehari untuk mencegah gejala serta membantu inflamasi dalam saluran udara. Sementara itu, alat sedutan penahan berfungsi untuk melega dan meluaskan otot saluran udara tetapi bukan untuk inflamasi. Keadaan sekeliling yang kering ketika musim panas boleh menyebabkan masalah asma bertambah ketara. Perubahan cuaca dan keadaan sekeliling adalah pencetus utama penyakit asma yang memenatkan penghidapnya setiap kali mereka bernafas. Ramai juga yang merasakan keadaan asma mereka bertambah tenat sewaktu jerebu melanda seperti yang berlaku di rantau ini sekarang. Jangan buat rawatan sendiri tanpa berjumpa doktor. Dapatkan ubat pelega atau pengawal daripada doktor dan elakkan berkongsi ubat dengan pesakit lain yang menghidap penyakit sama. Ini kerana lain orang, lain keperluan rawatannya. - CARI Infonet |
14
Bagus |
8
Marah |
12
Terkejut |
7
Sedih |
8
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT