CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Isteri Nak Bersalin? 10 Perkara Suami Harus Tahu

17-9-2015 07:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4031| Komen: 2

Oleh Adib Za

Sebagai seorang suami yang memiliki isteri mengandung, anda seharusnya peka dan belajar banyak perkara. 

Ini bagi memudahkan proses isteri bersalin nanti. Ia juga membantu anda menjadi lebih bersedia sesuatu kecemasan berlaku pada isteri tatkala masa ingin bersalin. 

Ikuti 10 perkara yang harus diketahui oleh seorang suami, menurut portal Pa&ma:

1. Isteri mengadu sakit perut,anda apa lagi kelam kabutlah sebab takut hendak bersalin. Tetapi doktor pula beritahu "Oh ini cuma false alarm saja. Tak perlu risau. Belum nak bersalin lagi."

2. Jika isteri meminta ubat tahan sakit, walaupun ia sepatutnya tiada dalam rancangan bersalinnya anda perlu segera mencari doktor dan meminta apa yang dikehendaki oleh isteri. 
 
3. Rajinlah urut belakang badan isteri sewaktu dia sedang sakit kontraksi berbanding anda suruh dia banyak bersabar.

  
4. Biarkan sahaja kalau isteri genggam dan picit sekuat hati tangan anda dan jangan berani mengadu betapa sakitnya tangan anda!
 
5. Kalau anda diminta oleh isteri untuk menahan belakang kakinya ketika hendak meneran, jangan mengadu betapa lenguhnya tangan anda selepas lima minit melakukannya.
 
6. Jangan terkejut kalau isteri yang selama ini lemah lembut tiba-tiba naik angin apabila anda kerap bertanya kepadanya sakit atau tidak.

(Sumber foto: sheknows.com)

 
7. Jangan marah kalau tiba-tiba isteri tanya anda sayangkan dia atau tidak. Biasalah emosi ibu hendak bersalin memang tidak menentu. Layankan sahaja.
 
8. Bersedia untuk melihat sesuatu yang luar biasa. Kepada para suami yang tidak tahan darah, lebih baik anda fikir 100 kali sebelum bersetuju untuk menemankan isteri dalam bilik bersalin. 
 
9. Jangan menjangkakan bayi baharu lahir anda seperti model bayi yang anda lihat dalam majalah. Bayi baharu lahir akan mengalami perubahan berbeza setiap hari.
 
10. Perut isteri anda mungkin masih nampak seperti ibu mengandung. Jangan sesekali bertanyakan hal tersebut. - CARI Infonet

Sumber: Pama


18

Bagus
21

Marah
17

Terkejut
20

Sedih
10

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Munnalicious 17-9-2015 12:35 PM
Nice info.
Quote piao 21-9-2015 10:51 AM
ohhhh mcm tu

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.083642 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top