CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Dua perogol yang menyamar penguat kuasa JAIS diburu

27-6-2013 03:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6270| Komen: 37

KUCHING: Polis sedang menjejaki dua lelaki yang dipercayai memperkenalkan diri mereka sebagai penguat kuasa dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) sebelum merogol seorang wanita, petang kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Abang Ahmad Abang Julai berkata, kedua-dua suspek dilapor melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah rumah kosong di Batu 7 di sini sekitar jam 5 petang kelmarin.
“Pihak polis akan menjejaki kedua-dua suspek secepat mungkin. Buat masa ini, kita masih dalam usaha mengumpul maklumat daripada mangsa yang masih lagi dalam keadaan trauma,” ujarnya ketika dihubungi untuk mengesahkan kejadian tersebut semalam.
Menurut sumber, insiden tersebut dilaporkan berlaku ketika mangsa yang berusia 17 tahun sedang menunggu untuk dijemput pulang kerja oleh suaminya di hadapan sebuah farmasi di Kota Sentosa.
Ketika itu, dua lelaki yang memperkenalkan diri mereka sebagai penguat kuasa JAIS telah mendekati mangsa dan meminta mangsa mengikuti mereka untuk disoal siasat di pejabat mereka.
Mangsa yang tidak menjangka akan berlaku perkara yang tidak diingini mengikuti kedua-dua lelaki tersebut menggunakan sebuah kereta seperti yang diarahkan.
Bagaimanapun, mangsa sebaliknya telah dibawa ke sebuah rumah kosong di belakang sebuah stesen minyak di Batu 7 dan dirogol secara bergilir-gilir oleh kedua-dua lelaki tersebut.
Selepas insiden itu, mangsa ditinggalkan seorang diri di rumah berkenaan.
Mangsa yang dalam keadaan lemah berusaha mendapatkan bantuan daripada orang awam untuk menghubungi suaminya yang tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian.
Mangsa diiringi suaminya kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan dan pemeriksaan kesihatan.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
4

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa 27-6-2013 10:03 AM
mesti perogol tu. ckp dia kena ikut. sbb laki dia di cekup...
isteri ni panic terus masuk kereta......:@
Quote izamahmed 27-6-2013 10:09 AM
bijak betul la penjenayah sekarang.
Quote bbalik 27-6-2013 10:11 AM
insiden tersebut dilaporkan berlaku ketika mangsa yang berusia 17 tahun sedang menunggu untuk dijemput pulang kerja oleh suaminya di hadapan sebuah farmasi di Kota Sentosa.


cmne perogol tu tau tempat n time n status 'sedang menunggu' itu....
Quote izamahmed 27-6-2013 10:15 AM
mungkin mangsa memang selalu bersendirian menunggu kat situ kot
Quote haryatie 27-6-2013 10:32 AM
pe lah jntan ni..
mcam2 taktik dia org guna semata mata nk merogol jerk keje nyer..
ishhhh..sakit hati jerk baca kisah2 camni..
Quote nicuya 27-6-2013 10:45 AM
pasni anu die matilah hendaknye .amin....
Quote dragger 27-6-2013 10:50 AM
mau kena santau perogol tu..
Quote izamahmed 27-6-2013 10:52 AM
haryatie posted on 27-6-2013 10:32 AM
pe lah jntan ni..
mcam2 taktik dia org guna semata mata nk merogol jerk keje nyer..
ishhhh..sakit  ...

ketagih benor jantan nih.
nape tak fikiq kalau adik dia yg dibuat org begitu
Quote gede-bab 27-6-2013 10:56 AM
watlah bendul sangat bini muda ni.....tak pasal2 ikut orang...asal kata polis atau penguatkuasa ka...tak tau ka depa semua ada pengenalan diri??...kalu betulpun atas dasar apa tetiba orang nak bawa kita pi siasat...lainlajh kalu kita dalam keadaan mencurigakan....
Quote gede-bab 27-6-2013 11:07 AM
haryatie posted on 27-6-2013 10:32 AM
pe lah jntan ni..
mcam2 taktik dia org guna semata mata nk merogol jerk keje nyer..
ishhhh..sakit  ...

pompuan pun kena hati2 dan beringatlah...jangan senang ikut jantan tak dikenali....
Quote PICes_Boy 27-6-2013 11:18 AM
selalu ada kes camni, mengaku pegawai agama tangkap budak2 duk dating..pastu dirogolnya dak pompuan..yg jantan plak, klu berkenan jgk bole ditala gak..
Quote Prince3019 27-6-2013 11:20 AM
macam2
Quote Nash^Roy 27-6-2013 11:41 AM
sah2 la yg menyamar tu muslim gak.. kalau tak, takkan minah tu nak caya.. merogol ngan menggunakan nama islam.. baru@ tul..  
Quote ronin 27-6-2013 11:45 AM
bbalik posted on 27-6-2013 10:11 AM
cmne perogol tu tau tempat n time n status 'sedang menunggu' itu....

mungkin dah lama target.....mungkin wanita tu mmg cantik....
Quote izamahmed 27-6-2013 11:53 AM
wanita cantik kalai sorg petang2, memang leh jadi sasaran penembak tepat
Quote azharuchan 27-6-2013 11:59 AM
Nash^Roy posted on 27-6-2013 11:41 AM
sah2 la yg menyamar tu muslim gak.. kalau tak, takkan minah tu nak caya.. merogol ngan menggunakan n ...

mungkin itulah yg diorg panggi jihad sexual...
Quote gaara_X 27-6-2013 12:21 PM
pergh!!....adengan mencelop ke.....JAIS kena amik action nie....takkan berdiam diri jerk...
Quote ~boolean 27-6-2013 01:57 PM
gede-bab posted on 27-6-2013 10:56 AM
watlah bendul sangat bini muda ni.....tak pasal2 ikut orang...asal kata polis atau penguatkuasa ka.. ...

baru 17 tahun..
aku dulu umur macam tu pun tak tahu boleh minta id dari penguatkuasa...dah tua bangka ni baru tahu
nasib baik tak pernah kena tipu...
17 tahun, pengalaman hidup tak banyak..mungkin tengah gabra...







Quote gede-bab 27-6-2013 02:29 PM
~boolean posted on 27-6-2013 01:57 PM
baru 17 tahun..
aku dulu umur macam tu pun tak tahu boleh minta id dari penguatkuasa...dah tua ba ...

tak lah tetiba "penguakuasa agama" terus percaya....kalu masa tu dia tengah buat maksiat oklah gak....ni tengah tunggu suami kat tepi jalan.... apasal orang nak tangkap tak semena2...

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.148891 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top