Oleh Adib Za Anda mungkin pernah berhadapan dengan rakan yang gemar membeli-belah sehingga sanggup berhutang demi memenuhi kehendaknya itu.
Sebenarnya, ia merupakan situasi biasa di kalangan masyarakat hari ini, gagal mengawal kewangan dengan baik. Ia berlaku kepada kedua-dua gender lelaki mahupun wanita. Namun, lebih ramai wanita gagal untuk merancang kewangan mereka. Adakah hal ini benar? Amalan berbelanja boros ini menjadi kerisauan apabila individu terbabit semakin ketagih untuk berbelanja, meskipun untuk hal yang tidak sepatutnya sehinggakan melupakan 'bekalan' untukhari esok.
Kajian yang dilakukan oleh Perkhidmatan Nasihat Kewangan UK (Money Advice Service) iaitu satu agensi yang membantu anda menguruskan kewangan, hutang, pencen dan sebagainya; mendapati 25 peratus kaum wanita sanggup berbelanja boros sehingga dan melupakan perancangan untuk hari esok. Manakala, sebuah agensi perbankan di United Kingdom, Halifax mendapati 36 peratus kaum wanita sangat cenderung menghabiskan wangnya untuk membeli-belah berbanding lelaki. Halifax juga melaporkan pada tahun 2014, kaum lelaki di United Kingdom membuat simpanan lebih kurang £1,045 dalam masa tiga bulan, berbanding wanita hanya menyimpan £473 untuk jangka masa sama. Kini, kecanggihan teknologi membuatkan duit lebih mudah 'dihabiskan' dengan pembelian secara dalam talian. Kajian yang dibuat daripada comScore, iaitu sebuah agensi yang membuat analisis pasaran internet di Amerika, mendapati kaum wanita cenderung untuk membeli-belah secara "online" 61 peratus lebih tinggi daripada kaum lelaki. Semua ini membuktikan masyarakat hari ini bukan sahaja berhadapan dengan masalah ekonomi, namun diri mereka sendiri gagal membentuk satu sistem kewangan berkesan untuk masa hadapan diri sendiri. Paling memalukan, seseorang yang sudah mempunyai pekerjaan tetap dan aset seperti rumah dan kereta, masih perlu 'meminjam' bukan daripada orang lain, namun ibu bapa yang sering menjadi 'mangsa'. Ini bukan sesuatu yang mengejutkan, dek kerana taksub dengan gaya hidup boros, membuatkan seseorang itu menjadi papa kedana dan tidak mampu untuk membiayai sesuatu yang berbentuk kecemasan. Termasuklah kerosakan kereta, jatuh sakit dan sebagainya. Oleh itu, apa yang harus dilakukan? Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan akhirnya tahun berganti tahun. Sepanjang anda bekerja, berapakah duit simpanan anda? Memang duit dan harta tidak boleh dibawa ke dalam kubur, namun ia sangat diperlukan pada waktu-waktu 'kecemasan'. Oleh itu, tidak kiralah, lelaki atau wanita yang pada waktu ini, menjadikan gaya hidup boros sebagai sikap dan kemegahan, ubahlah segera. Berbelanja, namun dengan cara berhemah. Sayangi masa hadapan anda. - CARI Infonet (Sumber: Dailymail UK, Realbusiness UK) |
7
Bagus |
13
Marah |
17
Terkejut |
9
Sedih |
10
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chinta89 replied at 21-9-2015 04:28 PM
eh iye ke??
apesal aku tgk persekitaran aku lelaki yg boros dan sengkek bulanan hujung2 kedian hari ...
ADVERTISEMENT