CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bagaimana Menjaga Cinta Jarak Jauh?

21-9-2015 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 4167| Komen: 2

Oleh Izzah Abbasy

Terpaksa tinggal berjauhan? Pasti sayu hati. Sukar untuk menerima apabila tinggal berjauhan. Sekali seminggu atau sebulan sekali malahan tiga bulan sekali baru dapat berjumpa. Manalah perasaan rindu boleh bertahan kan?

Pasti syak wasangka menebal terjadi. Mulalah terfikir si dia akan keluar dengan orang lain. Bagaimana nak atasi agar kita sentiasa berfikiran positif apabila cinta jarak jauh ini?

Lakukan 5 perkara ini untuk kekalkan dan selamatkan hubungan cinta jarak jauh kamu!

Sentiasa 'update' apa yang dibuat


Nampak seperti mengongkong pula kan? Keadaan ini sebenarnya ini dapat menyelamatkan hubungan kamu berdua. Setidak-tidaknya kamu tahu perkembangan dirinya dan dia juga tahu tentang kamu. Jadi, jangan ambil mudah dan pandang enteng dengan perkara ini ya!

Ingatkan si dia dengan temujanji pertama anda berdua
Pstttt, ini rahsia di antara kita! Untuk elakkan si dia lupa tentang perasaan cintanya terhadap kamu, kamu perlu bijak untuk sentiasa mengingatkan dia tentang perasaannya terhadap kamu. Contoh seperti kerap ingatkan dia bagaimana kali pertama kamu berjumpa, bagaimana si dia boleh cintakan kamu dan sebagainya. Ini kerana, lebih kerap kamu mengingatkan si dia lebih kuatlah ingatan si dia tentang kamu. Malah cara ini juga akan menyedarkan dia yang cinta hatinya hanya untuk kamu.

Saling mempercayai


Dalam setiap perhubungan, kepercayaan adalah kunci kebahagiaan. Oleh itu, kamu berdua harus saling mempercayai antara satu sama lain dan jangan sesekali biarkan perasaan pra-sangka mula menguasai diri. Tetapi kepercayaan itu haruslah diselarikan dengan tindakan dan perbuatan. Jangan percaya hanya di mulut sahaja ya!

Selalu berkomunikasi


Salah faham dan kurang berkomunikasi boleh merosakkan hubungan diantara kamu berdua. Sungguhpun kamu berdua berjauhan jangan jadikan ia sebagai alasan untuk berhenti berkomunikasi. Di zaman sekarang pelbagai kemudahan yang ada contoh seperti Whatsapp, mesej, call, internet, webcam, video call dan macam-macam lagi. Jadi, janganlah sia-siakan kemudahan yang ada seperti ini!

Sesekali buat kejutan


Sesekali selitkanlah elemen kejutan dalam perhubungan kamu berdua. Jangan biarkan ia ‘mendatar’ begitu sahaja. Ini kerana, apabila tiada unsur kejutan dan keterujaan si dia akan mula rasa bosan dan akhirnya menduakan cinta kamu.

CARI Infonet

Sumber info : Majalah Remaja

12

Bagus
15

Marah
11

Terkejut
18

Sedih
22

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote -electrifying- 21-9-2015 11:09 AM
ya betul tu... pling susah untuk percaya... tp nk xnak kite kena yakin dgn dia
Quote hanie_z 21-9-2015 06:46 PM
trust each other, yup sgt penting..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.079770 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top