Oleh Izzah Abbasy
Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat, NASA telah mengesahkan penemuan aliran air di Planet Marikh pada Isnin, 28 September 2015.
Ini sekaligus memberi harapan kemungkinan wujud hidupan lain yang tinggal di situ.
Namun, penemuan air yang mengalir di planet Marikh baru-baru ini pasti timbul tanda tanya. Adakah kita sudah hampir dengan hari kiamat atau sebaliknya? Ada juga yang membuat sindiran bahawa manusia yang tidak ingin tinggal di bumi kerana tidak boleh melalui masalah politik, ekonomi dan sebagainya bolehlah pindah ke Marikh. Sejarah Marikh
Marikh merupakan planet ke-4 dari matahari dalam Sistem Suria dan dinamakan sempena nama Dewa Peperangan Tamadun Rom (Dewa Peperangan Tamadun Yunani sedarjatnya: Ares) disebabkan warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan Deimos. Setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid. Planet ini juga merupakan salah sebuah planet dari 8 planet dalam sistem suria. Pernah dianggap sebagai benua dan diberikan nama seperti Arabia Terra (Tanah Arab) kerana mempunyai kawasan yang lebih cerah berselimuti dengan debu dan pasir kemerahan. Atmosfera Marikh amat nipis dan tekanan atmosferanya hanya 750 Pa (kira-kira 0.75% purata di Bumi) Persamaan Marikh dan Bumi
Namun, persoalannya NASA masih tidak boleh menjelaskan dari mana air itu datang. Mereka hanya memberi teori berkemungkinan punca dari ais yang mencair atau mata air dari bawah tanah. Walaupun permukaan Marikh ini amat sejuk, namun di kawasan garisan Khatulistiwa yang menerima cahaya matahari lebih banyak berbanding kawasan lain, tidak memungkinkan ais wujud di permukaan. Maka, jika tiada ais, maka air tak mungkin terhasil. Terdahulu para saintis mengesahkan air pernah berlaku sehingga membanjiri permukaan Marikh sebelum atmosfera planet itu menjadi terlalu panas untuk membolehkannya terus mengekalkan air di permukaan. Mungkin juga air yang muncul ini mengikut perubahan musim dari semasa ke semasa. Jadi, Bumi tidak perlu rasa terancam kerana penyelidikan tentang kehidupan di Planet Marikh masih belum mendapat 'cerita' yang sahih. Untuk menjawab segala persoalan di benak fikiran, eloklah kiranya beberapa manusia yang sanggup untuk menjadi testimoni tinggal di sana untuk beberapa minggu mahupun bulan. Barulah pelbagai persoalan terjawab. Buat masa ini robot-robot yang disediakan di permukaan Marikh tidak dapat merasai seperti kita. Kemungkinan besar robot sahaja boleh tinggal di sana. - CARI Infonet |
26
Bagus |
14
Marah |
21
Terkejut |
6
Sedih |
9
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
uniq61 replied at 1-10-2015 02:40 PM
SAINTIS AMBIL CONTOH TANAH DAN AKAN CUBA UNTUK MENANAM POKOK. KALAU POKOK BERJAYA HIDUP PADA TANAH I ...
spiderman80 replied at 1-10-2015 04:17 PM
Dulu pernah tengok sebuah filem Hollywood. Pompuan planet Marikh ada tiga tetek.
MeghanK replied at 1-10-2015 04:18 PM
wartawan cari dah start submit keje sekolah dah..menderu2 thread di bukak
spiderman80 replied at 1-10-2015 04:17 PM
Dulu pernah tengok sebuah filem Hollywood. Pompuan planet Marikh ada tiga tetek.
nolya replied at 1-10-2015 12:24 PM
Sekalipun ada air di planet Mars, adalah air tersebut selamat digunaan untuk aktiviti kehidupan. Ad ...
spiderman80 replied at 1-10-2015 04:20 PM
Mesti Wartawan Cari dibayar gaji berdasarkan jumlah thread yang dibuka.
MeghanK replied at 1-10-2015 04:31 PM
mungkin berdasarkan posting komen
AbukRokok replied at 1-10-2015 04:28 PM
juling ke normal ?
ADVERTISEMENT