Oleh : TS LOO
Majoriti masyarakat di dunia ingin melihat negara sendiri menjadi sebuah negara maju khususnya negara-negara miskin dan negara yang sedang membangun. Malaysia juga tidak terkecuali. Wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi hala tuju utama untuk memacu Malaysia ke arah sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Antara negara maju yang paling dekat dengan Malaysia ialah Singapura. Jika dilihat dari sudut geografi dan persekitaran di sana, ianya tidak jauh keadaannya dengan Malaysia. Sejarah menunjukkan Singapura juga dahulunya adalah merupakan sebahagian Malaysia sebelum keluar membentuk negara sendiri. Banyak faktor yang membuat Singapura menjadi sebuah negara maju berbanding Malaysia. Antaranya ialah keadaan majoriti tandas di Singapura. Tandas di sana dapat kita lihat sentiasa berada dalam keadaan bersih dan mesra pengguna. Perkara ini jauh sama sekali keadaannya dengan tandas di Malaysia. sumber foto : http://listverse.com/ Tandas di Malaysia kebanyakannya kotor dan pengguna awam sendiri tidak menghargai tandas-tandas yang disediakan. Kebanyakan pintu tandas juga diconteng dan dinding-dinding tandas dicalarkan. Memang tidak dinafikan sesetengah tandas di Malaysia keadaannya bersih dan selesa akan tetapi ia masih belum cukup memuaskan untuk diletakkan dalam status negara maju. Jika tempat kita membuang najis juga tidak dapat diurus dengan baik, apatah lagi jika ingin mentadbir sebuah negara yang lebih besar. Kerajaan sering melaungkan pembudayaan minda kelas pertama kepada rakyat, akan tetapi adakah budaya ini benar-benar diamalkan. Lihat sahaja keadaan di Singapura, apabila ada sahaja orang tua dan orang kurang upaya di dalam kereta api, terus sahaja penumpang yang duduk terus bangun dan diberi tempat duduk kepada mereka yang lebih memerlukan. Apabila menunggu bas dan kereta api, majoriti rakyat Singapura akan beratur dengan baik sebelum menaikinya. Keadaan ini amat berbeza sekali dengan keadaan di Malaysia. Penumpang di Malaysia kebanyakannya berebut-rebut naik tanpa beratur dan ada yang tidak malu memotong orang lain tanpa segan silu. Cukup berbeza dengan negara maju seperti Singapura, majoriti rakyatnya amat berdisiplin dan hormat pada orang lain. Kesesakan lalu lintas juga bukan masalah besar yang dihadapi di Singapura. Bagi negara Malaysia, kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu pagi dan petang di hari kerja menjadi satu masalah yang amat besar dan tidak pernah selesai sehingga ke hari ini. sumber foto : https://upload.wikimedia.org/ Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan lalu lintas kurang sesak dan lancar di Singapura. Antaranya ialah majoriti rakyat memilih untuk menaiki pengangkutan awam kerana perkhidmatan pengangkutan awam yang diberikan adalah amat baik. Struktur jalan di sana juga amat baik dan ini menyebabkan kesesakan lalu lintas dapat dielakkan. Daripada sudut undang-undang dan pengadilan, pihak PDRM wajar menjadikan Singapura sebagai negara contoh dalam pengawalan undang-undang. Denda dan undang-undang yang ketat membuatkan orang ramai takut untuk melakukan kesalahan di sana. Contohnya kesalahan menconteng di Singapura boleh menyebabkan seseorang itu di denda sebanyak $2,000 (RM 4,800), atau lebih tiga tahun penjara selain tambahan tiga hingga lapan sebatan. sumber foto : http://transport.asiaone.com/ Begitulah ketatnya undang-undang di sana sehingga orang ramai tidak berani berbuat kesalahan di sana dan Singapura sering mendapat pujian sebagai bandar yang bersih dan selamat dalam kalangan pelancong yang melawat ke sana. Apabila undang-undang di Malaysia diperketat dan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan, tidak mustahil Malaysia juga boleh menjadi negara maju seperti Singapura. Tidak dinafikan Singapura juga mempunyai banyak kelemahan akan tetapi kelebihan yang ada di Singapura wajar kita contohi bagi menambah baik keadaan yang ada di negara Malaysia. Pemimpin atasan dan masyarakat seharusnya memikul tanggungjawab ini dengan penuh kesungguhan bagi memajukan negara Malaysia dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. |
15
Bagus |
8
Marah |
17
Terkejut |
15
Sedih |
20
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
spiderman80 replied at 1-10-2015 05:16 PM
Tak berani nak komen, nanti ada orang cakap 'Kalu tak suka Malaysia, lu boleh blah ke Singapork'
...
MeghanK replied at 1-10-2015 05:19 PM
adakah TS Loo ini spidey
tagas replied at 1-10-2015 05:25 PM
Selagi ramai melayu sakai
Selagi ramai cina bukit
ADVERTISEMENT