Oleh : TS LOO
Selama 5 tahun pembikinan, filem yang mengisahkan legenda mahaguru seni mempertahankan diri atau Kung Fu 'Wing Chun' iaitu 'Ip Man 3' bakal menemui peminatnya di seluruh dunia pada 24hb Disember ini. Tayangan serentak akan dilakukan di tujuh negara termasuk UK, Australia, Hong Kong, New Zealand, Taiwan, Singapura dan Malaysia. Setelah Ip Man dan Ip Man 2 mendapat sambutan hebat di seluruh dunia, untuk sequel Ip Man 3 kali ini, pihak penerbit filem berjaya menjemput peninju Heavyweight antarabangsa yang dikenali ramai iaitu Mike Tyson untuk membawa watak yang mencabar Ip Man yang dilakonkan oleh Donnie Yen.
Terutamanya pertarungan antara Mike Tyson dengan Donnie Yen telah menjadi adegan yang dinanti-nantikan oleh semua peminat filem tersebut. Selain itu, satu lagi tarikan filem Ip Man 3 adalah watak Bruce Lee yang dikatakan bakal dihidupkan dengan menggunakan kesan khas GCI secara 3D tanpa dilakonkan oleh pelakon. Semalam, satu sidang media khas telah diadakan di Hong Kong dan sedutan trailer filem tersebut yang hanya berdurasi 40 saat telah ditayangkan. Reaksi daripada pihak media setelah menonton trailer tersebut, rata-ratanya tidak sabar menanti tayangan filem tersebut. sumber - http://www.maxim.com/ |
ADVERTISEMENT