Oleh Adib Za Ucapan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini ketika di Perhimpunan Agung PBB di Amerika nampaknya menarik perhatian portal berita Israel, Time of Israel.
Portal tersebut memuji Najib lantaran bercakap sesuatu yang positif mengenai agama Yahudi, lalu menyifatkan beliau berbeza dengan PM yang lain sebelum ini. Dalam pada yang sama, Najib turut mengulangi ucapannya itu melalui laman sosial Twitter yang berbunyi, "Kerajaan Israel perlu pegang teguh kepada ajaran Yahudi, "Apa yang kamu benci, jangan lakukan kepada orang lain." Dikemaskini: Dalam pada itu memetik laporan Sinar Harian, Najib menafikan gambar beliau bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang tersebar di media sosial, adalah pertemuan yang dirancang.
Sebaliknya, ia merupakan ketika keduanya terserempak di pintu masuk PBB. "Bukan saya jumpa...terserempak dekat pintu masuk ke PBB sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap," ujar Najib. - CARI Infonet |
primemova replied at 4-10-2015 01:39 PM
Jibby ni sebenarnya PM yg kental, tabah dan berkaliber.... Cuma imej si ros tu yg byk rosakkan reput ...
ADVERTISEMENT