CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sweden Menetapkan Waktu Kerja Hanya Enam Jam Sehari

7-10-2015 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 8869| Komen: 58

Oleh Izzah Abbasy

Umum mengetahui setiap negara mengamalkan  waktu kerja lapan jam dan ke atas untuk satu hari.

Namun, hal ini berbeza dengan negara Sweden. Sweden meluluskan perkerjanya untuk bekerja selama enam jam sehari berbanding negara-negara lain.







Perkara ini diambil berikutan satu kajian membuktikan waktu kerja yang pendek menyebabkan pekerja berasa lebih gembira, peratusan berhenti kerja menurun selain keuntungan syarikat meningkat sebanyak 25 peratus.

Amalan seperti ini sebenarnya sudah dilakukan terhadap sebuah pusat perkhidmatan servis Toyota di Gothenburg yang telah mengamalkan waktu kerja enam jam sehari sejak 13 tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat di sana, Linus Feldt berkata waktu kerja lapan jam kini sudah tidak relevan selain ia tidak meningkatkan produktiviti pekerjanya.

“Untuk terus fokus dalam tempoh lapan jam sehari memang agak sukar. Oleh itu kami sering kali selang-selikan masa bekerja dan masa berlibur dalam usaha untuk menjadikan suasana kerja lebih baik,” katanya.

Menurut logik mereka, jika waktu kerja dipendekkan, staf akan lebih bermotivasi dan ada lebih banyak tenaga untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diamanahkan dalam tempoh masa yang singkat. - CARI Infonet


Sumber Info : MYNEWSHUB.CC


4

Bagus
7

Marah
12

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nevberg 1-10-2015 03:13 PM
sini 8 jam sehari pun tak cukup
Quote stilla 1-10-2015 03:15 PM
Aku keja 4 jam sehari aje lah sebab jual nasi lemak aje.
Quote pittjie 1-10-2015 03:19 PM
stilla replied at 1-10-2015 03:15 PM
Aku keja 4 jam sehari aje lah sebab jual nasi lemak aje.

ambik kira masa penyediaan dan beli barang2 tak sis?

Quote rospinki 1-10-2015 03:20 PM
ikutkan 4 jam tu dah lebih dari ckup..kalau keje betul2 la..ni main2 belek tenet jap2 ada je godaan pop up. sbnrnya..kita keje ni byk wayang je lebih..efisensi tu tkdak..sebab kalu keje tu betul2 rugi jugak..pastu esok takde keje..ngangaaa nti bos igt kita makan gaji buta..tul tk uols?

eh..tapi terpulang pada gaya kerja masing2..style aku plak keje bari stret forwd..buat akaun odit takdela aku nk beritya2 leger panjang lebar..report pon simple..as long orang faham..bukan bunga2 tu yg penting.

Quote chinta89 1-10-2015 03:28 PM
8 jam atas nama dan kertas semata2.. ironinya yg btl2 kerja berapa jam jer..


btw iols sokong kalau 6 jam je waktukije di mesia.. tp hanya mampu berharap.
Quote AbukRokok 1-10-2015 03:29 PM
makin berpusu pusulah ummah ke Utopia Sweden Scandinavia...berbanding ke Utopia Daesh
Quote AbukRokok 1-10-2015 03:31 PM
stilla replied at 1-10-2015 03:15 PM
Aku keja 4 jam sehari aje lah sebab jual nasi lemak aje.

Nasi lemak 20 sen? 50 sen? seringgit? atau Lima Ringgit?
Quote nexusys 1-10-2015 03:36 PM
Mesia toksah buat 6 jam cam sweden pun tak pa... rata2 pun keja 6 jam jek pun

kalo usul dan diluluskan keje 6 jam kat mesia, majoriti akan kerja hanya 4 jam jek... realitinya.

cara Malaysian bekerja.

Quote lavatinbesi 1-10-2015 03:38 PM
nabi suruh bekerja seolah olah hidup seribu tahun lagi...

kafirun kafirun ni pulak sibuk nak kerja kejap je pasal nak habiskan masa togok arak kat pub..



Quote hanakikan 1-10-2015 03:39 PM
Syukurrr

Tambah pulak cuti bergaji 16 bulan klau dapat anak. Klau set2 melayu yg suka beranak sampai 5 6 org anak so darab la dgn 16 bulan
Quote mokcikKSKB 1-10-2015 03:41 PM
Mesia xyhlah deman2 nk keja 6jam.hakikatnya byk mnegular dr keja..masa kerja pon gigih layan forum dok lepak pantry gossip ofis politic...
Mokcik cuma sokong kalau naikkan maternity leave dr 3 bulan ke 6 bulan je..kesian mak mak yg post pregnancy x sempat nk rehat dh kena kerja.
Quote wannoorazlina 1-10-2015 03:44 PM
rospinki replied at 1-10-2015 03:20 PM
ikutkan 4 jam tu dah lebih dari ckup..kalau keje betul2 la..ni main2 belek tenet jap2 ada je godaan  ...

setuju.. tak kata kat org lain la, aku sendiri pon sama



Quote gaara_X 1-10-2015 03:51 PM
entah laa......tepuk dada tanya boss....hihkhihkhikk
Quote rospinki 1-10-2015 03:53 PM
wannoorazlina replied at 1-10-2015 03:44 PM
setuju.. tak kata kat org lain la, aku sendiri pon sama

khen....lebih kurang je smua. ngata dulang paku serepih yg berkata ni pon lebih

Quote ellejo 1-10-2015 03:55 PM
sini 8jam. kalo shopping mall 12jam.takde maju pun produktivitinya.hat tu jugak.

bibik indon jangan nak berpiket nak keje 6jam ajek. awas kalian, ntar gw antarin kalian bancuh simen kayak cowok
Quote ellejo 1-10-2015 03:55 PM
sini 8jam. kalo shopping mall 12jam.takde maju pun produktivitinya.hat tu jugak.

bibik indon jangan nak berpiket nak keje 6jam ajek. awas kalian, ntar gw antarin kalian bancuh simen kayak cowok
Quote stilla 1-10-2015 04:02 PM
pittjie replied at 1-10-2015 03:19 PM
ambik kira masa penyediaan dan beli barang2 tak sis?

Perkiraan sis set up kedai dan berniaga yg lain2 org lain pulak yg buat . 4 org yg bekerja . Kaka keja jual, ambik order dan bungkus , my adik keja dia kira duit , my mak beli bahan dan masak. Yg suami tolong hantar barang.
Quote stilla 1-10-2015 04:04 PM
AbukRokok replied at 1-10-2015 03:31 PM
Nasi lemak 20 sen? 50 sen? seringgit? atau Lima Ringgit?

Start seringgit , paling mahal rm 6 .
Quote pittjie 1-10-2015 04:05 PM
stilla replied at 1-10-2015 04:02 PM
Perkiraan sis set up kedai dan berniaga yg lain2 org lain pulak yg buat . 4 org yg bekerja . Kaka  ...

oo ada pembahagian tugas. kira bukan one man show punya keja la. kira ok la tu kan.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.064630 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top