CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Virus Hepatitis C Menular Di Singapura Mengakibatkan Kematian

7-10-2015 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 3750| Komen: 3

Oleh Izzah Abbasy

Jangkitan virus Hepatitis C menular di Singapura.

Hospital Besar Singapura (SGH), hari ini memohon maaf selepas 22 pesakit buah pinggang yang dirawat di hospital kerajaan itu dijangkiti hepatitis C, dengan empat daripada mereka dilaporkan meninggal dunia, insiden yang jarang-jarang berlaku di hospital itu.



Jangkitan yang berlaku di hospital terbesar di Singapura itu, melibatkan pesakit-pesakit yang dirawat di salah satu wad di hospital itu antara April dan Jun lalu.

Pegawai hospital itu berkata, mereka ‘tidak dapat menolak kemungkinan’ hepatitis C mungkin merupakan salah satu faktor menyebabkan kematian empat pesakit terbabit.

Sistem rawatan kesihatan di Singapura merupakan antara yang terbaik di Asia dengan kesemua hospital kerajaan mendapat pembiayaan yang mencukupi.

Pesakit-pesakit dari seluruh dunia datang ke Singapura untuk mendapatkan rawatan di SGH dan hospital-hospital lain.

“Kami memohon maaf atas kesedihan, penderitaan dan tekanan mental yang ditanggung oleh keluarga pesakit terbabit,” kata Ketua Eksekutif SGH, Ang Chong Lye dalam satu kenyataan. Menteri Kesihatan Singapura telah menubuhkan satu jawatankuasa bebas untuk menyemak hasil siasatan dalaman yang dijalankan oleh hospital itu.

Lembaga Pelancongan Singapura berkata, pesakit-pesakit dari luar negara membelanjakan S$832 juta (RM2.5 bilion) pada 2013 untuk mendapatkan rawatan di negara ini.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dalam laman webnya berkata, virus hepatitis C merebak dalam darah, dan kes jangkitan biasa adalah `melalui amalan suntikan yang tidak selamat’, peralatan perubatan tidak disteril, pemindahan darah dan produk-produk berkaitan darah’.

Kira-kira setengah juta penduduk dunia meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit yang ada kaitan dengan hepatitis C, menurut WHO. - AFP

CARI Infonet

Sumber : http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.KWhuX0Jo.dpuf

3

Bagus
8

Marah
17

Terkejut
2

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 6-10-2015 11:05 PM
habislaaaa....hey camner SOP depa ni? infection control team...
Quote ipes2 7-10-2015 04:26 AM
Bulan lepas rasanya kita bincang pasal viral hepatitis ni (mainly hepatitis B); at least forumers can know how dangerous these viruses are (HBV, HCV). This incidence no doubt akan highlight semua nya sekali lagi
Quote awanearisu 7-10-2015 06:37 AM
apa penyebabnya ye? peralatan tidak disteril dengan betul ke?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.070436 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top