Oleh : Dean BZ Tahukah anda, 1 Oktober tahun 2015 telah dipilih sebagai Hari Kopi Sedunia oleh Pertubuhan Kopi Antarabangsa? Pertubuhan Kopi Antarabangsa sepakat untuk memperingati hari kopi sedunia yang pertama pada tanggal 1 Oktober 2015 di Milan. Hari kopi Sedunia ini merupakan saat-saat yang dinantikan oleh penggemar kopi seluruh dunia kerana banyak kedai kopi menawarkan diskaun untuk pelbagai jenis kopi termasuk untuk kopi yang mencecah harga ratusan ringgit.
Mungkin ramai yang tidak tahu tentang beberapa fakta mengenai kopi, jom kita lihat 10 fakta menarik tentang kopi sempena hari kopi sedunia yang dipetik dari astroawani : Sumber foto : www.jumia.com.eg 1. Sekumpulan masyarakat etnik di Ethiopia dikatakan antara yang pertama mengesan khasiat kafein dalam kopi. Ia terjadi apabila kambing peliharaan mereka mula menunjukkan keaktifan luar biasa selepas diberi kopi. 2. Anda biasa minum kopi sebaik sahaja bangun tidur? Tak perlu! Ini kerana manusia menghasilkan sejenis hormon dipanggil cortisol apabila bangun daripada tidur. Hormon ini sudah lebih dari cukup untuk menyedarkan anda daripada rasa mengantuk. Sebaiknya, minum kopi selepas kira-kira sejam anda bangun. 3. Buah kopi dipanggil coffee berries. Ia sejenis buah yang boleh dimakan dengan biji kopi di dalamnya. Ramai memanggilnya sebagai bean atau kacang kerana bentuk buah itu yang menyerupai kacang. 4. Turki, pada satu ketika dahulu, pernah melaksanakan undang-undang yang menyatakan seorang isteri boleh menuntut cerai jika suaminya tidak memberikannya bekalan kopi yang mencukupi! 5. Kopi berada di tempat kedua dalam senarai minuman paling popular di dunia, selepas air kosong (plain water). 6. Kesan kopi boleh dirasai selepas hanya kira-kira 10 minit selepas meminumnya. 7. Antara kebaikan kopi adalah mencegah penyakit Alzheimer, Demensia, Parkinson dan jantung. Ia juga membantu anda membakar lemak. 8. Kopi paling mahal di dunia adalah Black Ivory Coffee, dan ia diperbuat daripada najis gajah. Harga kopi ini secawan adalah kira-kira AS$50 (RM220). 9. Minum 100 cawan kopi sehari cukup untuk membunuh seorang manusia. 10. Kopi segera (instant coffee) dicipta oleh lelaki bernama George Washington pada tahun 1906. Ia bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana rasanya yang teruk. Buah kopi Kepada penggemar kopi, menghirup kopi sememangnya enak dan menyegarkan. Namun diharap tidaklah terlalu tegar meminum kopi kerana ia mengandungi kafien dan memberi kesan tidak baik pada kesihatan jika diambil berlebihan. - CARI Infonet
|
69
Bagus |
18
Marah |
31
Terkejut |
26
Sedih |
30
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nora_balqis replied at 9-10-2015 08:19 AM
Sya dari kecil dah set dalam minda, minum kopi hitam2 dan pekat nie, nanti habis hitam dalam perut. ...
uori replied at 7-10-2015 03:28 PM
kopi tahi gajah?
ragarotan replied at 9-10-2015 04:14 PM
hahahah.first time dengo.tp ada eloknya xminum kopi
ADVERTISEMENT