Oleh : Dean BZ
Ketua Polis Indonesia dikatakan ‘disindir’ secara terbuka oleh wakil Malaysia dan Brunei ketika menghadiri mesyuarat peringkat serantau di Kuala Lumpur minggu lalu. Memetik laporan mynewshub, perkara itu didedahkan oleh Jeneral Badrodin Haiti yang dilaporkan portal berita Indonesia, Tempo pada Ahad lalu ketika beliau menghadiri Mesyuarat Menteri ASEAN mengenai jenayah rentas sempadan di ibu kota Malaysia. Biarpun tidak menjelaskan secara terperinci apakah bentuk kata sindiran ‘tajam’ itu, namun dikhabarkan kurang senang dengan ayat sinis delegasi dua negara serumpun tersebut berhubung kemelut jerebu tanpa kesudahan.
Menurut portal Kompas, Badan Nasional Pencegahan Bencana (BNPB) giat menguji 40 tan bahan tersebut yang dilaporkan mampu menurunkan suhu dan mengurangkan asap kebakaran secara drastik. Bahan berbentuk serbuk itu dicipta oleh saintis tempatan, Randall Hartolakson hasil ekstrak ubi kayu sebagai ramuan kimia utama, menurut Ketua BNPB, Willem Rampangilei pada sidang media, di pejabatnya di Jakarta. Kerja penyemburan bahan itu akan dilakukan di wilayah Sumatera Selatan menerusi cara water bombing atau pengeboman berair seperti lazim dilakukan helikoter bomba udara untuk memadam kebakaran di hutan tebal. Malangnya, tidak pula didedahkan apakah kesan sampingan akibat penggunaan bahan kimia tersebut apatah lagi tempias jerebu dari wilayah berkenaan akan ‘terbang’ bebas menuju ke Semenanjung Malaysia dan Singapura.
Lapor portal mynewshub lagi, isu jerebu kali ini antara Indonesia dan negara kita termasuk Singapura dan Thailand adalah terburuk sejak 1997, seperti laporan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Nasional (NASA) Amerika Syarikat (AS). - CARI Infonet.
Sumber dan foto- mynewshub |
39
Bagus |
22
Marah |
20
Terkejut |
29
Sedih |
21
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
EJALTI replied at 6-10-2015 10:21 PM
Indon sampah bangsat @cinamedun
pyropura replied at 7-10-2015 12:09 AM
..yindon, udah kuntul kecil, otaknya juga kecil... @XxNotTruexX @giver @cinamedun @superjoni
ADVERTISEMENT