CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Atasi Cemburu Buta Yang Membawa PADAH

9-10-2015 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8973| Komen: 2


Oleh : Dean BZ



Cemburu adalah satu fitrah manusia yang terjadi disebabkan tidak berpuas hati dengan sesuatu perlakuan orang lain. Dalam dunia percintaan pula, cemburu dianggap tanda sayang.

Kata orang tua-tua, tanda-tanda sayang boleh dilihat menerusi luahan perasaan cemburu kepada orang yang amat disayangi. Namun, jika perasaan cemburu itu tidak diikuti dengan pertimbangan rasional atau dipanggil juga CEMBURU BUTA, hubungan kasih yang dibina
boleh runtuh dengan sekelip mata saja.


"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya kebanyakan dari prasangka itu adalah dosa." (QS. Al-Hujurat :12)



Ciri-ciri Cemburu Buta:

- Monitor pasangan setiap waktu, contohnya sering mencuri-curi telefon bimbit pasangan untuk periksa (SMS, panggilan keluar masuk, dll).

- Hatinya tidak tenang, dipenuhi rasa was-was dan curiga setiap waktu

- Sering menuduh tanpa bukti yang jelas (pukul rata)

- Bersikap kasar dan sering marah hingga menguris perasaan pasangan


Cara Atasi Cemburu Buta Kepada Pasangan?


- Beri ruang pada minda untuk prasangka baik (husnuzon) kepada pasangan. Insya Allah dengan berprasangka baik, maka perkara baiklah yang kita dapat.

- Sentiasa mengingat diri bahawa bersabar lebih utama dan amarah adalah dekat dengan syaitan, yang pastinya akan menghancurkan sebuah kasih sayang.

- Menjauhi perbuatan yang boleh menyakiti hati pasangan.

- Memberi kepercayaan dan keterbukaan terhadap pasangan.

- Elakkan menuduh pasangan tanpa usul periksa.

- Berbincang dengan pasangan apabila ada perasaan curiga, dan bukannya berdiam diri kerana ia akan memakan diri sendiri dan juga pasangan.



Jadi, selepas membaca ciri-ciri dan cara atasi cemburu buta, kenalpasti diri anda dimanakah tahap cemburu anda?

Jika anda terkategori dalam golongan cemburu buta, cubalah atasinya kerana sikap cemburu terlampau bukanlah membuatkan anda dan pasangan lebih bahagia, malah anda juga mungkin berdepan kehilangan orang yang anda cintai suatu masa nanti. Renung-renungkan, buang sikap ego dan sentiasa khusnuzon (Bersangka Baik).

Semoga bermanfaat. - CARI Infonet.


14

Bagus
17

Marah
12

Terkejut
11

Sedih
11

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote katewilma 9-10-2015 10:42 PM
so...?? sendunye
Quote ekin92 11-10-2015 03:32 PM
saya cemburu buta ke? huhuhuh mane x.... asal pegang hp berbunyi je inbox masuk ... lepastu banyak pic kotor2 dkat galleri.sedih taw... huhuhuhu

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.052473 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top