CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cara Bancuh Teh Tarik "Kaw" Sedap

9-10-2015 05:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 49443| Komen: 4


Oleh : Dean BZ

Gambar hiasan :

Teh tarik sentiasa menjadi minuman pilihan rakyat Malaysia ketika meluangkan masa di kedai makan mahupun di majlis keraian. Sambil tengok bola sambil pekena teh tarik dan roti canai barulah seronok berbual bersama rakan, pojek juta-juta.

Campuran susu dan teh serta air panas yang kemudiannya ditarik hingga menghasilkan buih membuatkan minuman ini mempunyai rasa yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Sumber foto : www.hardcoregaming101.net


Tapi buat apa membazir wang jika kita mampu buat sendiri. Sini penulis kongsikan cara membuat teh tarik kaw sedap kemain baq hang. Senang je jom cuba!


BAHAN-BAHAN:
1. Serbuk Teh Tarik Boh. Jangan tersilap beli teh Boh yang tidak ada tulis teh tarik, itu salah, itu sesuai untuk buat teh O saja.
2. Tapis yang diperbuat dari kain putih untuk merendam teh.
3. Pastikan guna air panas yang sedang mendidih. Tidak boleh guna air suam atau air yang tak terlalu panas.
4. Susu pekat manis, sebaiknya jenama cap Teko atau F&N sahaja. Guna susu lain pun boleh tetapi kurang  enak, kalau di rumah, susu lain pun boleh. Disyorkan pada peniaga kedai makan, gunakan susu cap Teko atau F&N kalau untuk buat teh tarik. Kalau untuk buat milo atau kopi boleh guna susu jenama lain yang lebih murah.
4. Sudu teh (sudu kecil).

CARA BUAT:
Ambil satu sudu teh serbuk teh. Rendam dalam tapis dan diletakkan di dalam cawan (kalau nak minum ramai, gunakan teko). Rendam lebih kurang seminit, pastikan air menjadi hitam. Selepas itu, angkat tapis. Selepas itu, letak susu 3-4 sudu kecil.

Pastikan rasanya tidak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Kacau dan tarik dengan menggunakan satu lagi cawan (kalau boleh cawan yang satu lagi lebih besar). 2-3 kali tarik sahaja dan siap untuk diminum... Emmmmpp......... pasti sedap rasanya.

Perhatian dan Pantang Larang

1. Jangan minum teh tarik kalau ke  kedai tomyam yang peniaganya orang Siam, biasa teh tak sedap. Kalau pegi, minum teh O saja.
2. Teh tarik sedap di kebanyakan kedai mamak, tapi bukan semua kedai mamak tehnya sedap. Kalau anda tinggal di sekitar Bandar Baru Uda, sila ke kedai mamak di Jalan Persiaran Tanjong Bukit Alif, belakang Shell. Teh tariknya sedap.
3. Ada banyak juga warung Melayu yang teh tariknya sedap, anda kena biasakan mencuba dahulu, baru tahu.
4. Kalau anda tidak biasa pergi ke sesuatu kedai, jangan terlalu cepat minta teh tarik. Seeloknya tengok orang lain yang minum teh tarik. Tengok gelas orang itu, kalau tehnya cair saja atau terlebih susu, jangan minum teh di situ.
5. Teh tarik yang dibuat mengikut kaedah yang betul, tidak akan menyebabkan kita sakit perut kalau minum.
6  Jangan letak air suam atau air sejuk. Kalau tak suka minum panas, pun kena guna air panas juga, kemudian sejukkan.
7. Ada orang kata, banyak minum teh tarik boleh menyebabkan kita kena sakit kencing manis. Saya rasa ini tidak betul, saya mesti minum teh tarik setiap pagi. Kadang-kadang dalam sehari sehingga 3 gelas teh tarik kalau dikira dengan sebelah petang dan malam. Minggu lepas saya periksa kandungan gula saya pada paras yang normal (5.5).
8. Satu perkara yang perlu diingat, minum teh tarik setiap hari boleh menggemukkan. Kalau boleh, minum pada sebelah  pagi saja satu gelas.
9. Seeloknya buat sendiri teh tarik di rumah. Sekilo serbuk teh tarik Boh harganya RM 12.00, boleh tahan lebih 6 bulan seperti di rumah saya. SELAMAT MENCUBA



sumber rujukan : kadikluang.blogspot.my

46

Bagus
32

Marah
21

Terkejut
22

Sedih
34

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (183 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xbest 9-10-2015 05:37 PM
dlm gambar hiasan tu, pak nuar minum sikit je, pak jib minum banyak...risiko pak jib kena kencing manis lebih tinggi
Quote chimpera 24-3-2016 06:37 PM
kalo rasa susu je dan terlampau manis, mmg bukan selera aku teh tarik mcmtu
Quote Ipo 24-3-2016 11:29 PM
kalau kedai mamak, dia orang campur susu sejat sikit
dan kadang2 susu segar
sebab tu rasanya lemak2 sikit..
Quote pearl.silver 25-3-2016 05:19 PM
Teh tarik siam sdp laaaaa
Baru lepas minum secawan kat festival mknn thai...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.066828 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top