AHMAD (kiri) ketika melawat dusun rambutan di PPK Kampung Kubang Badak, Langkawi semalam. LANGKAWI – Rambutan anak sekolah atau R191 yang popular di negara ini bakal dieksport ke pasaran Amerika Syarikat dalam masa terdekat. Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak berkata, usaha untuk mengeksport rambutan tersebut akan dilakukan selepas buah-buahan itu melepasi proses iriditasi bagi membasmi serangga. “Kita sudah mengenal pasti pihak yang akan melakukan proses itu dan selepas proses tersebut dilakukan, rambutan yang mendapat sambutan tinggi ini akan dieksport terus ke negara berkenaan. “Sehingga kini kita telah mengeksport rambutan anak sekolah ke Emiriyah Arab Bersatu, Hong Kong, China dan Singapura,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani kerjasama antara FAMA dengan peserta kelompok rambutan anak sekolah di Pusat Pengumpulan Ladang (PPL), Kampung Kubang Badak di sini semalam.
|
5
Bagus |
10
Marah |
2
Terkejut |
11
Sedih |
9
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Simunggu posted on 1-7-2013 07:15 AM
masuk ke pasaran amerika melalui supplier singapore ka? nanti di kenali pula laici singapore kan..b ...
DARSITA posted on 1-7-2013 02:12 PM
Di sini (US) rambutan dtg dari Guatemala. Korang tengok lah rupa kejadian buah rambutan nya ya - sil ...
ADVERTISEMENT