Oleh Fyruz Hanna
Akhirnya terungkai kisah kehilangan 7 murid asli yang melarikan diri selepas mandi di sungai. Punca mereka melarikan diri adalah kerana mereka takut dimarahi oleh guru kerana mandi disungai. Kronologi: 1. 23 Ogos 2015 Mirsudiar Aluj, 11; Norieen, 10; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaacob, 8; Linda Rosli, 8; dan Juvina Daud, 7 dilaporkan hilang dari Sekolah KEbangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang.
2. 1 September 2015 Polis menjumpai stokin milik salah seorang daripada 7 murid. "Bahagian tapak stokin yang ditemui itu berwarna hitam dipercayai mereka berjalan hanya memakai stokin sebelum membuangnya untuk meneruskan perjalanan di hutan itu," kata Supt Saiful Bahri. 3. 7 Oktober 2015 Polis mengesahkan menemui mayat yang mula mereput dan membengkak yang dipercayai salah seorang murid asli yang hilang. 4. 8 Oktober 2015 Melalui pengecaman fizikal, mayat tersebut telah disahkan milik salah seorang murid Orang Asli iaitu Sasa Sobrie. Pada hari yang sama juga, pihak polis telah menemui satu lagi rangka yang belum dikenal pasti dengan jarak 500 meter dari mayat Sasa yang ditemui sehari sebelumnya. 5. 9 Oktober 2015 -2 murid asli dijumpai masih hidup dan dalam keadaan lemah (Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10,] bersama dengan satu mayat perempuan yang meninggal dunia kira-kira 4 hari lalu. Mangsa ialah Ika Ayel, 9 tahun. - Pasukan mencari juga menemui rangka dan beberapa batang tulang rusuk 500 meter dari penemuan mayat Sasa dijumpai (identiti masih belum dikenalpasti). - Menurut Siti Kasim, peguam yang dilantik menjaga kebajikan keluarga mangsa, Noreen memaklumkan yang pertama sekali mati adalah Juvida David, 7, diikuti Haikal Yacoob, 8, Sasa Sobrie, 8, Ika Ayel, 9, dan Linda Rosli, 8. - Kesemua rakannya mati kerana keletihan dan kelaparan dan Haikal lemas ketika menyeberangi Sungai Perias. - Noreen turut mendakwa diberi makan oleh 'seseorang' yang menyebabkan mereka masih hidup. - Siti Kasim juga mendakwa kepentingan dan layanan kepada keluarga mangsa adalah teruk dan tidak dijaga dengan baik. “Sejak hari pertama, tiada sesiapa peduli pada kebajikan keluarga mangsa. Tiada makanan atau minuman disediakan kepada mereka,” ujarnya yang pada kebanyakan masa berulang-alik antara hospital dan balai polis di Gua Musang. Memetik daripada Astro Awani, Siti mendakwa, aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa di Ibu Pejabat Polis Gua Musang mengenai perkembangan maklumat yang tidak disampaikan kepada keluarga mangsa. Namun, dia kecewa apabila jawapan yang diberikan adalah ‘keutamaan dalam insiden itu hanya untuk menyelamatkan kanak-kanak’. “Ya, saya setuju tentang itu. Tapi, jika mereka ada masa untuk membuat sidang media, mengapa tidak ada waktu untuk menjelaskannya kepada keluarga mangsa. “Ibu kepada Ika meratap hiba apabila hanya ditunjukkan pakaian dan bukan jasadnya, tapi dia tidak diberikan penerangan dan kata-kata sokongan. Dia juga murung dan tidak lalu makan,” jelas Siti. “Itu adalah contoh pihak berkuasa yang gagal menunjukkan empati kepada keluarga. Ini berlaku sejak hari pertama. Keluarga mangsa tidak diberi pendekatan kaunseling, maklumat dan dibiarkan sendiri. Sehingga berita ini ditulis, 3 mayat/rangka mayat dijumpai dan 2 daripada mereka dikenalpasti sebagai Sasa Sobri dan Ika Ayel manakala 1 masih dalam proses pengecaman, 2 dijumpai selamat manakala 2 mayat masih tidak dijumpai Misi pencarian ini dianggotai seramai 127 anggota dan pegawai telah ditugaskan untuk mencari dan menyelamat kes kehilangan kanak-kanak Orang Asli ini termasuk 53 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 11 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 30 anggota pasukan gerakan am dan sembilan pegawai pendidikan.-CARI Infonet. sumber berita dan imej:Bernama, Astro Awani, MYmetro, BeritaHarian, Mstar, Malaysianinsider.
|
cmf_premierleag replied at 10-10-2015 08:41 AM
Kalo kes mh370 dan mh17, kemain lagi kera-bat raja, politicians and vvvvvvip sume turun padang bg so ...
chazey replied at 10-10-2015 05:11 PM
Sebab mereka Orang Asli.
Kaum yang kau orang kat Malaya itu pandang rendah dan hina.
theotherfriend replied at 10-10-2015 05:32 PM
Bab mencari, in my humble opinion, pihak yg berwajib dah cari sungguh. Do not forget, dlm team tu pu ...
famri7 replied at 10-10-2015 05:28 PM
Tambah2 lagi asli + kelantan + negeri pembangkang.Triple minorities disitewww sis..ko rase?
ADVERTISEMENT