Oleh Izzah Abbasy
Dari hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun. Malaysia dikatakan semakin maju dan akan menjadi negara berpendapatan tinggi tahun 2020. Sempatkah nak kejar tahun 2020? Masalahnya, sekarang pun rakyat dah sesak nafas. Inikan pula 5 tahun akan datang.
Bahagia sungguh rakyat jika semuanya berpendapatan tinggi. Tak bimbang jika minyak naik, tol naik, cukai naik dan sebagainya yang naik. Namun, rata-ratanya masih ada yang 'Kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan petang'. Mungkin sesetengah pihak memandang berpendapatan tinggi hanya di ibu kota barangkali.
Ekonomi Malaysia semakin lumpuh, bahkan ramai lagi graduan yang menganggur di luar sana. Manalah nak berjimat jika semua perlukan duit? Jika dahulu, RM10 pun dah boleh beli macam-macam. Satu keluarga boleh merasai dengan nilai RM10 tersebut. Nak kerja di kampung? Masalahnya, keinginan diri untuk mengumpul pengalaman di ibu kota. Tak nak susahkan ibu bapa dan keluarga. Malahan, tiada pekerjaan yang bersesuaian. Bukanlah memilih sangat. Jika memilih, tidaklah pula sanggup bekerja sambilan di restoran segera seperti KFC, McDonald dan lain-lain.
Sebenarnya, kita berada di ambang inflasi. Sebab itulah barang dan kesemuanya naik harga. Inflasi adalah susut nilai wang kita. Kalau dilihat pada zaman 90-an sehingga tahun 2005, RM100 boleh dapat beli satu troli barang makanan, barang dapur dan lain-lain yang mampu bertahan sebulan ke dua bulan. Namun, hari ini RM100 hanya mampu bertahan dua hingga tiga hari sahaja bagi golongan sederhana. Bagaimana pula bagi golongan yang lain? Sebagai rakyat, kita mampu menadah hati yang redha. Berada di bawah sudahlah miskin, semakin jatuh miskin apabila kerajaan menaikkan harga barang, minyak dan tol. Kejam kan?
Eh, tak payahlah naik kereta kalau dah miskin? Gunalah pengangkutan awam. Tak ada tol dan tak perlu 'topup' minyak. Bukankah murah sahaja tiket bas atau komuter? Ini cakap-cakap orang yang takbur. Jika kita hanya ada kereta buruk dan rumah pula jauh daripada perhentian atau pengangkutan awam, bagaimana nak menggunakannya? Motosikal pun tiada. Basikal lagilah tak terbeli. Apabila selalu berada 'di atas' sukar nak memahami yang 'di bawah'. Masing-masing mempunyai pelbagai cerita. Tol naik seposen pun kecoh. Ya, kecoh sebab itulah wang yang akan dikeluarkan oleh diri sendiri. Itu belum cerita mengenai bayar cukai jalan tapi masih sesak dan hari-hari tersekat di jalan raya yang tiada kesudahan.
Jika gaji naik, mata wang tinggi pasti tiada yang berbunyi. Fikirkan. - CARI Infonet |
8
Bagus |
18
Marah |
9
Terkejut |
10
Sedih |
10
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bluehedgehog replied at 13-10-2015 02:01 PM
lambat la reporter ni
jawapannya
ADVERTISEMENT