CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KPM Bawa Masuk Guru Bahasa Inggeris Dari India?

20-10-2015 03:03 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 5985| Komen: 29

Oleh Izzah Abbasy

Guru Inggeris dari India dibawa masuk untuk mengajar beberapa sekolah luar bandar seluruh negara termasuk sekolah-sekolah ‘hot spot’ bagi membantu guru Bahasa Inggeris tempatan meningkatkan kompetensi di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).


Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan

Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata ia menjadi salah satu agenda kementerian untuk membawa guru-guru terlatih dari India dalam masa terdekat untuk tambah baik mutu penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran sekolah-sekolah luar bandar di negara ini.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membawa masuk guru dari Amerika Syarikat untuk mengajar Bahasa Inggeris ini. Kini, guru dari India pula menjadi pilihan.

Namun, Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) telah mengemukakan pertanyaan buat Kamalanathan berhubung cadangan kementerian membawa masuk guru-guru terlatih Bahasa Inggeris dari India ke negara ini. - CARI Infonet


Baca selanjutnya : Bernama

9

Bagus
56

Marah
11

Terkejut
10

Sedih
14

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote leylapple 20-10-2015 02:03 PM
ui... dahla bawak dari India sana tu....pastu nak letak kat kawasan pedalaman...mmg macam itik dgn ayam jer la...dia tak paham apa org cakap, org pun tak paham apa dia cakap...

kalo pure india nie....walopun tulisan dalam english blh la dikatakan agak power, tapi bila tulis kat papan putih/ hitam dgn bercakap english pun org ingat dia bercakap/ tulis dalam bahasa urdu...

bagus lagi ambik orang tempatan...
Quote leylapple 20-10-2015 02:04 PM
p/s:haritu hampa bawak americans,ni hampa bawak yang dari India pulak.hampa ni satu hal local grad tesl ni depa nak pi mana pulak?satu keperluan ka kehendak hampa nak buat duit sebenaqnya?
dia nak bawak sedara mara masuk tu
Quote ellejo 20-10-2015 02:04 PM
tak perlu kot.
aku blajo dgn cikgu Tamil tempatan elok je English aku sampai skarang. buat thesis xde masalah pun dulu.

wowww nanti budak2 slang Hindustan
Quote AHMADVW 20-10-2015 02:12 PM
guru bhsa inggeris ni mnkn thosei, n curry, biarlah standard sikit, bwa yg mkn cheese,mkn fish n chip kaa
Quote haryatie 20-10-2015 02:13 PM
kelmarin dlm group wasap aku bgtau (cikgu sendiri yg bg tau ni)
ada cadangan dr gomen nak ambil guru dr China lak utk bahasa china
mulai tahun 2016 semua sekolah wajib belajar bahasa china
Quote Jerambut 20-10-2015 02:13 PM
kenapa India. Memang diorang terkenal dengan ENglish yg terlampau bagus ke, macam mana? Missing info la pulak.
Tapi ye la, train student TESL dng pendekatan baru ke apa ke...
lepas tu hantar rural area.
Orang Malaysia lagi faham Malaysian kot.
Quote kenarikelabu 20-10-2015 02:15 PM
Penting jgk tuh utk undi.
Quote GhostWalking 20-10-2015 02:16 PM
leylapple replied at 20-10-2015 06:04 AM
dia nak bawak sedara mara masuk tu

hahahah kreatip betul caranya
Quote cik_kitty 20-10-2015 02:19 PM
India?? Why india?? Nanti dorg speaking ada slang india susah nk catch up...bawa mai laaa dr UK ke US ke...english ok & lg semangat students nk blajaq...

Quote GhostWalking 20-10-2015 02:20 PM
AHMADVW replied at 20-10-2015 06:12 AM
guru bhsa inggeris ni mnkn thosei, n curry, biarlah standard sikit, bwa yg mkn cheese,mkn fish n chi ...

aku rasa macam tak de keperluan pun waima dari sanun.ada satu kolej ni aku dengar siap buang habis local tesl lecturers dan amik laaaa BBNU dari states sanun bawak mai ajaq english padahal grammar pun tunggang langgang dari yang local.Gaji double dari local.Surface jugak yang di pandang dekkk.Kalau depa nak bawak masuk satu dua experts aku setuju untuk train these teachers and lecturers.Tu pun untuk jangka masa pendek.Patut gunapakai jah apa yang existing ni ha bagi perelok
Quote Dovahkiin 20-10-2015 02:22 PM
Yea... b.... c.... d.... yee...

wuzzdiz? (who is this?)

hausvife (housewife)

vat? (what?)

garrrrrrbage.

Quote MamaMima711 20-10-2015 02:25 PM
Ish...aku prefer chinese..bukan nk racist tp pengalaman aku deal dgn cg BI indian..dorang mmg fluent tp slang tu aku x tahan..huhuhuu
Quote Lina66 20-10-2015 02:25 PM

Malaysia dah kekurangan Guru terlatih bahas inggeris ke?


Quote Nham22 20-10-2015 02:26 PM
Indian kat sini skrg dah bagus english.... nak tunjuk depa pandai english punyerla speaking dalam train kuat2.. sampai org jauh dalam train pon boleh dengar...
Quote zach2008 20-10-2015 02:35 PM
Kalau timbalan menteri cina, dia ambik dr China la. Ni timbalan menteri India so dia ambik dr India la... senang nak deal

Mana pergi program penutur jati english sebelum nih. Bayar mahal2 tp tak nampak hasilnya.
Kan baik train org malaysia sendiri. Ada yg hanya duduk Jenjarum tak pernah pegi oversea pun slang mengalahkan mat salleh penutur jati

Rasanya student TESL pun apa kurangnya...
Quote Bedah.Cun 20-10-2015 02:36 PM
Nham22 replied at 19-10-2015 06:26 PM
Indian kat sini skrg dah bagus english.... nak tunjuk depa pandai english punyerla speaking dalam tr ...

I hengat I sorang jer yang perasan... Hilariousssss!!!
Quote Nham22 20-10-2015 02:40 PM
Bedah.Cun replied at 20-10-2015 02:36 PM
I hengat I sorang jer yang perasan... Hilariousssss!!!

I slalu jumpe and notice bende ni... ade yg ok speaking sampai kesudah..ade yg campur2 bahasa depa ddengan english.. tapi mmg kuatttt depa bercakap...urbann sgtt
Quote peachRose 20-10-2015 02:49 PM
Ntah hapa2...
Train cikgu mesia sdri la weiii...knp suka buat benda2 x pekdah mcm ni
Quote Artemesiaa 20-10-2015 02:57 PM
Latih je warga tempatan lebih mudah murid2 nak faham nak2 yang duduk dikawsan luar Bandar. Bahasa ni kemahiran kalau selalu digunakan makin mahir le nanti.  Tapi kalau sekadar mengajar untuk lulus peperiksaan mana nak mahir.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.088435 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top