CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Video@CARI Apa Kata Mereka? Lihat artikel

Harga 400K Manalah Nak Mampu!

20-10-2015 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6940| Komen: 15

Oleh Izzah Abbasy



Ingatkan bila belajar tinggi-tinggi, kerja bagus dan dapat gaji besar bolehlah beli rumah sendiri. Namun, miliki rumah sendiri buat masa ini harus dilupakan sementara.  Harga melambung tinggi untuk sebuah rumah dalam lingkungan harga RM300,000 ke atas sudah pasti mematikan keinginan tersebut.

Gaji pula setakat RM900 ke RM2,500 sahaja. Bekerja di sektor kerajaan mungkin ada peluang cerah untuk membuat pinjaman, namun jika di swasta? Manalah nak mampu untuk membayar rumah RM1,500 ke atas tersebut untuk sebulan.

Sudahlah perbelanjaan di bandar meningkat naik, kadar tol yang tinggi dan perumahan yang dibina pula sesuai untuk mereka golongan kaya sahaja. Bayangkan, di Lembah Klang seperti Klang, Meru dan Shah Alam perumahan yang dibina langsung tidak masuk dek akal. Golongan belia sah-sah tidak dapat untuk membeli rumah untuk permulaannya.

Kenyataannya, memiliki rumah sendiri adalah suatu kebanggaan walaupun tidak mewah dan ia hanya sederhana. Sekurangnya-kurangnya individu mempunyai aset.

Harga rumah saban tahun meningkat naik, jika pemaju hanya membina rumah kos tinggi dan mewah, bagaimana pembeli golongan sederhana dan rendah mahu beli?

Jika pendapatan bulanan dibayar tinggi, pasti isu ini tidak menjadi siulan sehingga ke hari ini. Malahan, ia akan berterusan disuarakan.

Jangan lupa untuk saksikan Pembentangan Bajet 2016 pada 23 Oktober 2015, Jumaat ini. Isu rumah mampu milik ini akan dibentangkan dalam Bajet 2016. - CARI Infonet
25

Bagus
21

Marah
18

Terkejut
20

Sedih
18

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (128 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Wakai 20-10-2015 11:49 PM
belilah rumah ikut kemampuan.. ni ada hati nak yang guard n gated, swimming pool, gym bagai walhal _________ (sila isi tempat kosong)

Quote Acong 21-10-2015 03:20 AM
hari2 mampu makan fastfood
Quote starbee 21-10-2015 02:54 PM
aku mampu tengok je... baik beli tanah pas2 bina rumah sendiri...
Quote bobo_beck 21-10-2015 03:45 PM
Wakai replied at 20-10-2015 11:49 PM
belilah rumah ikut kemampuan.. ni ada hati nak yang guard n gated, swimming pool, gym bagai walhal _ ...

Mmg mudah berkata "belilah yang mampu... " namun yang mampu itu dimana lokasinya... rumah harga lingkungan 100k - 250k kalau di lembah kelang sudah tentu lokasinya jauh di bandar tempat bekerja.. dan kalau sanggup berulang alik dgn perjalanan yg jauh maka kos perjalanan pula menjadi kiraan.. minyak, tol, masa dan lain2.

Masalah tidak mampu membeli rumah ini adalah masalah setiap rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah tidak kira swasta @ kerajaan. Wlaupun untuk membuat pinjaman dikatakan kakitangan kerajaan lebih mudah berbanding swasta, namun ia tidak dapat membantu mereka memiliki rumah kerana potongan gaji yang dibenarkan sehingga 60% daripada gaji hakiki shaja (cth: gaji RM1000 potongan yang dibenarkan ialah max RM600). Sebenarnya dlm hal ini pkerja swasta munkin ada kelebihan kerana mempunyai kadar gaji yang lebih tinggi.

Tp macamana pun krjaan perlu ada satu jalan untuk atasi masalah ni.. salah satunya masalah ajen perumahan yang membeli rumah dr pemaju kemudian menjual semula kpd pengguna dgn harga yang lebih tinggi. selain itu, spekulasi tentang sesuatu tmpat akan maju, akan ada itu ada ini pn mempengaruhi kenaikan harga.. yang terbaru spekulator2 ini akan menggunakan modal bhawa mrt n highway akan dibina di kawaan tersebut.. cuba tgk di kawasan puncak alam (shah alam 2) dulu hebat diperkata akan membangun..tp realitinya smpai skang tidak seperti yang digambarkan..pembeli yg beli rumah disana nak sewakan rumah teres 2tkt rm 1000 pn ssh.. mungkin UITM yg dah beroprasi akan dapt bntu menaikkan sedikit kot harga kat situ.

Cuma memberi pandangan..

Quote mizkajura 21-10-2015 05:12 PM
tanah sekangkang kera mana yg korang mampu beli skrg? nun dihujungtanjung...cewah dgn harapan lps pencen baru nak bina rumah??? lol
Quote Wakai 22-10-2015 11:13 PM
bobo_beck replied at 21-10-2015 03:45 PM
Mmg mudah berkata "belilah yang mampu... " namun yang mampu itu dimana lokasinya... rumah harga li ...

terima kasih atas pandangan dan perkongsiannya
Quote bluehedgehog 23-10-2015 08:21 AM
carilah yg murah, bukan tiada.pui
Quote bluehedgehog 23-10-2015 08:24 AM
bobo_beck replied at 21-10-2015 03:45 PM
Mmg mudah berkata "belilah yang mampu... " namun yang mampu itu dimana lokasinya... rumah harga li ...

ini gejala di seluruh dunia, bukan di kl shj, contohnya...
prime location mestilah harga mahal, sbb permintaan tinggi...
sg, ny, london, beijing, tokyo, sydney, semua mmg gitu...

kenalah fikirkan utk diri sendiri...
luar kawasan premium, kje di luar kawasan premium.. u have the choices...
the earth will still rotates without us...


Quote piao 23-10-2015 09:06 AM
Wakai replied at 20-10-2015 11:49 PM
belilah rumah ikut kemampuan.. ni ada hati nak yang guard n gated, swimming pool, gym bagai walhal _ ...



contoh rumah mampu milik??? ikut kemampuan?
Quote bobo_beck 23-10-2015 11:11 AM
bluehedgehog replied at 23-10-2015 08:24 AM
ini gejala di seluruh dunia, bukan di kl shj, contohnya...
prime location mestilah harga mahal, s ...

ok tq.. meh berenti keja n cari keja kat kaw bkn premium.. pertanian itu perniagaan..

Quote bluehedgehog 23-10-2015 11:16 AM
bobo_beck replied at 23-10-2015 11:11 AM
ok tq.. meh berenti keja n cari keja kat kaw bkn premium.. pertanian itu perniagaan..

buka gerai ramly beger pun bole asal halal
Quote bobo_beck 23-10-2015 11:17 AM
bluehedgehog replied at 23-10-2015 11:16 AM
buka gerai ramly beger pun bole asal halal



Quote suarahati786 23-10-2015 03:11 PM
Harga 100k pun aku tak mampu.
Quote meow_tompok 25-10-2015 02:52 AM
kerja dari rumah. asal tempat tu ada liputan internet berkelajuan tinggi bukan semput.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.225352 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top