Di Pulau Phuket, Thailand, terdapat satu perayaan yang amat penting yang pasti disertai bersama penghuni seluruh pulau tersebut, ia dipanggil 'Perayaan Vegetarian Sembilan Raja'. Ianya dilangsungkan pada bulan September, Oktober setiap tahun dan diraikan selama sembilan hari.
Sepanjang sembilan hari tersebut, kesemua penganut akan hanya makan bahan makanan yang berunsurkan saur-sayuran tanpa daging, bukan sahaja semua bentuk hiburan diberhentikan, malah 5 kuil Buddha yang utama di bandar akan mengadakan pelbagai upacara keagamaan untuk meraikan perayaan tersebut, termasuk mempamerkan pelbagai jenis bahan penyembahan 'vegetarian' dan makanan dengan memasang satu bendera kuning di atasnya. Semua orang akan memakai baju dan seluar berwarna putih dan pergi ke kuil sembahyang pada Dewa Sembilan Raja untuk mendapatkan restu agar keluarga selamat dan kerjaya makmur.
Berikut adalah gambar yang menunjukkan lelaki Thailand mencucuk pisau dan bahan tajam ke pipi muka untuk meraikan 'Perayaan Vegetarian', setakat lihat gambar pun terasa amat menyakitkan! Pada hari perayaan, ratusan pemuda akan mencucuk pipi mukanya dengan pebagai jenis bahan tajam sambil berarak. Perayaan Vegetarian Dewa Sembilan Raja adalah perayaan utama bagi orang Cina di Thailand. Satu ketika dahulu, berlakunya penyakit berjangkit di pulau sehingga menyebabkan ramai orang mati. Orang tua-tua bangsa Cina pun menjemput kumpulan pementasan opera dari negara China membuat persembahan di pulau untuk menghalau penyakit yang dipercayai berpunca daripada kuasa halus, akhirnya berjaya. Sejak itu perayaan tersebut diteruskan sehingga sekarang. Menurut pakar sejarah, perayaan tersebut telah pun diadakan sejak Dinasti Diraja Thailand yang kelima. Mencucuk bahan tajam ke pipi muka dipercayai mampu menghalau segala iblis dan syaitan agar kecelakaan yang dialami seseorang itu dapat dikikiskan. Kepercayaan keagamaan tersebut bukan terhad pada orang muda sahaja. Bagi penganut yang melihat perarakan di tepi jalan biasanya akan menyembah mereka yang menjalani istiadat membuang bala ketika melalui di kawasan rumah masing-masing. - CARI Infonet |
27
Bagus |
5
Marah |
1
Terkejut |
11
Sedih |
16
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chinta89 replied at 21-10-2015 02:37 PM
mcm perayaan india plk.. ape ek org pgil? ala yg cucuk2 bdn mcm ni jgk.
zizadin replied at 21-10-2015 03:17 PM
thaipusam..yang well well tu
chinta89 replied at 21-10-2015 04:55 PM
owh ye, thaipusam kan! tq pencerahan
me mse skola rendah dulu.. ade preksa. gmbr pakai ...
babydoll replied at 21-10-2015 06:55 PM
hhahahahhahahah!!! chinta, so cute!!! baju thaipusam pon boleyy!!
chinta89 replied at 21-10-2015 04:55 PM
owh ye, thaipusam kan! tq pencerahan
me mse skola rendah dulu.. ade preksa. gmbr pakai ...
ADVERTISEMENT