Oleh Izzah Abbasy
Terengganu memang kaya dengan pulau dan pantai yang cantik dan ia memang menjadi tumpuan pelancong. Jika sebelum ini anda biasa menikmati percutian di luar negara sahaja, apa kata kali ini simpan kos yang tinggi itu untuk berkunjung ke Terrapuri Heritage Village, Setiu Terengganu. Ia terletak di Kampung Mangkuk, Penarik, Setiu, Terengganu Malaysia. Hanya di pantai timur, anda akan menikmati percutian yang menarik di samping mengenali budaya dan penginapan masyarakat Melayu terdahulu. Resort atau penginapan yang disediakan betul-betul seperti rumah nenek moyang kita dahulu. Dengan berdindingkan kayu dan beratapkan zink, ia secara tidak langsung mengimbaskan kembali zaman dahulu kala. Mempunyai pantai berlautan biru dan pasir putih halus ini, ia tidak perlu disangsi lagi kerana yang tepatnya ia mempunyai keistimewaan tersendiri. Di sini terdapat 29 rumah penginapan. Banyak kan? Jadi, tak perlu bimbang untuk bercuti ke sini dan buatlah tempahan awal-awal agar ia tidak mengganggu percutian anda nanti. Jom, lihat gambar suasana di Terrapuri Heritage Village ini.
CARI Infonet Kredit Foto : Rizal Hakimm |
17
Bagus |
21
Marah |
13
Terkejut |
18
Sedih |
17
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nashrudean: RATE SGT MAHAL2 GILA VAVI
ADVERTISEMENT