sumber foto : http://www.thestar.com.my/ Ekoran gagal hadir ke perbicaraan kes dadah yang dihadapinya, pelakon dan model , Zarina Anjoulie dikehendaki Mahkamah Majistret menerusi waran tangkap yang dikeluarkan semalam.
Perintah itu dikeluarkan selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Yahya, susulan Zarina gagal hadir kali ketiga tanpa alsan sejak 31 Julai lalu selepas mahkamah memerintahkannya membela diri terhadap pertuduhan tersebut. Zarina besama rakannya Mohamad Fakhruzaim didakwa menggunakan dadah jenis Metrhamphetamine dan air kencing mereka didapati positif dadah jenis tersebut pada 30 Disember 2012 di kediamannya di Damansara Damai.
Jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM5,000. - CARI Infonet Berita selanjutnya : hmetro.com.my
|
ADVERTISEMENT