CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Perigi Mencari Timba, Salahkah Aku Terjebak?

23-10-2015 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6895| Komen: 17

Oleh Adib Za

Wanita pada hari ini, meskipun semakin moden namun mereka masih berpegang teguh dengan kepercayaan yang mengelakkan 'perigi cari timba'.

Walau bagaimanapun moden dan berpendidikan seseorang wanita itu, dia masih mempunyai perasaan malu. 

Adakah salah menjadi perigi cari timba, sebenarnya? Ditambah pada zaman yang serba canggih ini, perkenalan melalui gajet dan internet juga boleh berlangsung. 

1. Sebenarnya, tidak salah, dalam keadaan tertentu wanita itu boleh mencari lelaki dan 'menawarkan' cinta kepada lelaki yang tinggi agama dan akhlaknya.

(Sumber foto: Pinterest)


2. Bagaimanapun, lakukan dengan penuh cermat dan hikmah, agar tujuan murni tersebut tidak disalahertikan dan menjadi negatif.


3. Sama ada diterima atau tidak, itu hal kedua. Yang pertama, apa salahnya mencuba. Jika diterima, sememangnya ia suratan indah untuk anda.

4. Namun, jika sebaliknya, anda harus bersedia untuk 'ditolak'. Sebab itu penting memilih wakil yang amanah untuk menemui pihak lelaki itu. Peranan 'orang tengah' ini sangat penting ya.

(Sumber foto: Jannahsuhaimi)


5. Takut diketawakan kerana melanggar adat? Berpegang kepada syariat agama, jika dalam Islam membenarkan, mengapa harus kalah dengan pegangan adat?

6. Kesimpulannya, jangan memberatkan fikiran tentang urusan jodoh. Jika anda sebagai wanita 'berkenan' dengan lelaki ini dan ingin menjadikan dia sebagai 'imam' kehidupan anda, berdoa sahaja tidak cukup. Berusahalah, apa salahnya menjadi pergi cari timba! - CARI Infonet


Sumber: AkuIslam
7

Bagus
12

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
20

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eileen80 23-10-2015 01:07 PM
zaman skrg nie xde dah istilah perigi cari timba..
dalam Islam pon xde kata HARAM perempuan yg memulakan perkenalan...
Quote nicuya 23-10-2015 01:41 PM
mmg x salah..tp yelah...masalah die ialah pompuan kan pemalu...wakakakakaka...pemikiran taboo masih kuat belegar2 dipikiran...gitu........courage n confident kne tinggi woh...kne built self esteem dlu..
Quote JohnPuteh 23-10-2015 02:55 PM
aku suka perempuan yg jenis perigi cari timba ni..sbb golongan mcm ni lebih berkeyakinan dan jujur..so ada tak mana2 perigi nak cari timbah..boleh lah calling2
Quote giyomi 23-10-2015 05:19 PM
tu dl hokeyyy, jaman sekarang , ya ampun...gedik2 klu tak masakan selalu ada kes pembuangan bayi n dak ppuan keluar umah kul 12am keatas tuk bertenggek cari jantan.
Quote blackwidowbae 23-10-2015 05:27 PM
Kalau lelaki tu baik soleh...saya pun sanggup masuk meminang...

tapi kalau ujung2 gaduh dia cakap ko yg tergila2kan aku dulu bukan aku...sakitnya tuh di sini
Quote cahaya_almas 27-10-2015 02:34 AM
Cuba berkawan..bersembang..baruleh luahkan hati kt lelaki tersebut..kena tau gak latar belakang dia...ada sape2 tk dlm ati dia....bkn leh main luah je...sbb kalau salah ckp kita leh malu....n biasanya perempuan akan rasa malu...takut...jika cintanya ditolak....n kebanyakan perempuan jg takut nk berterus terang sbb biasa nya lelaki inginkan perempuan yg cantik cantik sahaja..yang agak2 berkarat biasa akan terpinggir....huhu
Quote Gadis_sarawak 27-10-2015 04:31 PM
Edited by Gadis_sarawak at 28-10-2015 09:51 AM

ok je perigi mencari timba kalau kena tempat..teringat sepupu aku..dia lelaki. Dia seorang yang memang sangat pemalu..dengan 1,2 perempuan je dia boleh nak berkawan. So nak dijadikan cerita ada sorang gegirl ni memang minat sangat kat dia mencuba untuk mengorat dia. Mula dia buat tak tau je sebab dia kata dia malu..so kitorg sepupu sepapat ni bagila galakkan kat dia. Sekarang dah selamat mendirikan rumah tangga dengan gegirl tersebut..haha..kalau ingat balik kelakar je rasa..
Quote cowey 29-10-2015 06:05 PM
ade mane2 perigi tgah cari timba??

Quote hani85 2-1-2016 05:15 PM
pernah sekali buat. kena rejek.pastu serik dah.
tak mo aku menghadapi perasaan begitu lagi.
hahaha.

Quote hani85 2-1-2016 05:18 PM
Gadis_sarawak replied at 27-10-2015 04:31 PM
ok je perigi mencari timba kalau kena tempat..teringat sepupu aku..dia lelaki. Dia seorang yang mema ...

Kalau lelaki pemalu ade chance kot. Adik aku pun sominya jenis lelaki pemalu.
Adik aku le yang start dulu haha.
Dah kawin dah, tengah pregnant anak pertama sekarang.
Kalau lelaki-lelaki stok hot (dan tahu dirinya hot) tak payah le.
Buat sakit hati je nak menimba dia haha.
Sebab dia tau dia ade market. Puiii. Hahaha.
Quote caca_eric 2-1-2016 05:52 PM
tu pentingnya guna org tengah
risik2 dulu cita rasa lelaki tu, dah berpunya ke belum..
Quote annehuda 2-1-2016 07:11 PM
lelaki zaman skrang ni mmg pemalu kot. sbb aku kenal gak ramai kawan2 lelaki yg bujang single ni, bile aku rapat ngan diorg udah aku plak dituduh cuba nak mengorat diorg. hapekah????
Quote Siput.Lala 2-1-2016 10:10 PM
Mana ada istilah "Perigi cari timba", dalam Islam disebut "Makmum mencari Imam"...ngee

Quote Dewa19XKangen 3-1-2016 12:07 PM
ang nak jadi perigi cari timba xda masalah... tp bila dah dapat.. permudahkan ja laa.. just menikah.. kenduri nanti pas ada cucu atau x payah.. menyusahkan

dah la perigi cari timba.. dah dapat.. memaksa suruh letak 34k.. pala but*h.. rilek sudah.. nikah satu kali.. habis cerita.. kenduri mampoih p.. arap ang x jadi ikut kebanyakkan..
Quote Emperor95 4-1-2016 05:30 PM
sepatutnya tidak timbul lagi isu ini.
Quote Gadis_sarawak 5-1-2016 08:29 AM
hani85 replied at 2-1-2016 05:18 PM
Kalau lelaki pemalu ade chance kot. Adik aku pun sominya jenis lelaki pemalu.
Adik aku le yang s ...

Tak semua kot lelaki hot macam tu. Tengok ade je lelaki hot yang tak macam tu..Tapi ade lelaki tak hot yang bajet2 diri hot gitu..
Quote esbok 18-1-2016 01:56 AM
hani85 replied at 2-1-2016 05:15 PM
pernah sekali buat. kena rejek.pastu serik dah.
tak mo aku menghadapi perasaan begitu lagi.
hahah ...

penah juga buat. kengkonon guna orang tengah. orang tengah macam nak tak nak je tolong. aku sendiri tanya. wakakaka. cam biasa, realiti tak seindah hindustan . pinangan ku ditolak.
tapi takde la frust. lega, at least i ve got the answer. dari dok tertanya tanya.

bila situasi macam ni. baru lah kita cari madah2 helah ' dia rugi tolak orang yang appreciate dia' haaa nampak tak nampak tak.


Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.603911 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top