CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Cikgu Luah Rasa Putus Asa Mendisplinkan Pelajar

28-10-2015 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 9386| Komen: 52|Original author: comel91

Oleh Fyruz Hanna

Dilema menjadi guru masa kini


Mungkin ini antara luahan para guru yang tersepit untuk mendidik anak bangsa dengan dilemma yang sering menjadi kontroversi dengan isu merotan dan menghukum pelajar.

Mei lalu, pelakon Yasmin Hani ada menyatakan pendapat beliau bahawa hukuman rotan dan budaya memukul murid seakan sudah tidak releven lagi kerana merasakan banyak lagi cara yang boleh dipraktikkan.

Sebenarnya mengapa amalan merotan/menengking atau memukul pelajar tidak diterima banyak pihak?



Laporan oleh Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bertajuk Keganasan Terhadap Kanak-Kanak berpendapat, amalan itu hanya akan memberikan kesan negatif kepada emosi serta pelajaran mereka. 

Namun perkara itu disangkal oleh Presiden Kesatuan perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kmander (Kehormat) Hashim Adnan yang berpendapat ketegasan pihak sekolah perlu untuk menangani gejala ponteng sekolah dan melepak.

Masalah ini jika tidak ditangani dengan bijaksana dikhuatiri akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran sekolah.

"Hari ini 75 peratus daripada guru di Malaysia adalah wanita. Guru lelaki sedikit sahaja. Kalau guru lelaki sikit bagaimana nak tangani pelajar-pelajar lelaki (bermasalah). Pelajar perempuan tidak seteruk pelajar lelaki (dari segi disiplin)," katanya Hashim kepada Bernama.

Simpati melihat guru yang tertekan untuk melihat anak murid mereka berjaya. Seperti yang dikongsi oleh netizen, ada yang berpendapat guru walaupun menyatakan pendirian mereka tidak kisah sebenarnya jauh disudut hati mereka, mereka sangat mengambil berat.


Ada sebahagian berpendapat, guru terbaik adalah bermula daripada sistem pembelajaran dari rumah. Ibu dan bapa adalah guru sebenar dan guru di sekolah hanya tak lebih daripada menyampaikan ilmu pendidikan. -CARI Infonet.

25

Bagus
9

Marah
21

Terkejut
21

Sedih
16

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasniey 28-10-2015 03:52 PM
kesian cikgu
Quote DaisyD 28-10-2015 04:18 PM
lepastu mak bapa komplain cikgu tak buat kerja. kasihan cikgu cikgu
Quote Levespa 28-10-2015 04:39 PM
biasanya kalau mak ayah yg jenis hormat cikgu anak pun akan hormat cikgu, begitulah sebaliknya
Quote watie_na 28-10-2015 04:43 PM
aku awal2 dah bagi kebenaran utk cikgu marah dan rotan atas dasar nak mendidik.
Quote chica_chica 28-10-2015 04:43 PM
zaman aku dulu dtg tusyen x bawak buku pun pun kene rotan tangan dgn cikgu cina.... takat2 rotan2 ni biasa lah zaman dulu takdenya mak bapak protes.zaman dulu masa sekolah rendah kalau buat perangai mesti kene cubit...budak skang ni banyak lemak sbb dimanjakan sgt
Quote prettyuglybabe 28-10-2015 05:25 PM
biarkan je budak-budak yang kurang ajar tu cikgu..
esok tak jadi orang, bukan cikgu yang susah kena tanggung pun


#amikpopcornsiapsiap
Quote Mary_jane 28-10-2015 05:45 PM
Tak boleh kena jentik sikit.
Quote ad_hoc79 28-10-2015 07:43 PM
aku dulu kalau balik bagitaw kene rotan, pasti mak aku tambah hukuman rotan kat aku.
sbb mmg aku salah
Quote kipaslaju00 28-10-2015 08:36 PM
Kesiannya cikgu. Bole jadi giler ni.
Quote mommymonster82 28-10-2015 09:48 PM
Realiti.....



Nak didik marah2 sayang macam anak sendiri sekarang mana boleh...
Silap2 kena saman
Quote fire_place 29-10-2015 12:41 AM
Untuk aku mmg aku sendiri akan suruh cikgu rotan
Tapi paras pinggang kebawah,yg ptg xcederakan.
Kalau main kepala,penampo,mmg aku xkn terima.
Nakal sebat je punggung ok..dan yg mana xboleh tegur tu
Cikgu2 sila xpayah masuk campur,pi lantaklah.
Sbb mak pak dia pandai sgt ajar,tu anak jd lagu tu.
Quote mbhcsf 29-10-2015 01:05 AM
kesiankan? apa nak jadi ye dengan generasi sekarang sebab yang nyata depa akan tanggung kesan daripada alpa diri ni - dan yang sedihnya dah tak  tahu apa fokus hidup di mana , on the orther side of the globe , ada jiwa yang mencari makna, berusaha dari segenap tenaga memahami ad - deen sebaik mungkin.

is not it ironic?

macam alanis morisette plak lagu
Quote Superkroni 29-10-2015 08:31 AM
BILA MAK BAPAK ASYIK KOWTIN MAKAN RASUAH TIME KERJA,PUNCA DARI SUMBER HARAM MAKA LAHIRLAH ANAK BERPERANGAI SETAN
Quote afie_m 29-10-2015 08:56 AM
tadika anak aku...tiap2 thn akan keluarkan surat untuk ibu bapa isi...sama ada anak2  anda diberikan kebenaran untuk dirotan (yg dibenarkan) untuk memdidik.dan yg lain2 (tak ingat apa)...atau tidak ..... smua ibu bapa kena isi dan serahkan....bila risik2 kat teacher dia...heheheh...anak2 melayu lah yg ibu bapa  banyak isi TIDAK MEMBENARKAN ....

TEACHER PUN PONING SBB KEBANYAKKAN YG X BENARKAN TU LAH YG BANYAK NOTTY2....kalau anak2 yg lain semua isi dibenarkan....dan ai & mmg dah ckp awal2 sblm brg tu dihantar ke ibi bapa..klau notty sila tegur n buat apa yg patut....
mula2 macam pelik gak sbb kena isi borang tu....ada tak korang pengalaman sama mcm ai...hehheheheh
Quote ffawwaz 29-10-2015 08:58 AM
aku dlu kena tampo ngan warden kat asrama..sebab fly n mrokok..
pasrah jela tadah muka..dah mmang buat salah kot..

budak2 skrang..buat salah..lepas tu ajet2 suci..pftt
siap beritau makbapak yg dorg dianiaya cikgu segala..mcm haremm
Quote babypureen 29-10-2015 09:35 AM
kesian dengan cikgu2 zaman sekarang.....parent sekarang pun semakin sedih....sedih sebab terlalu memanjakan anak2 sehingga rosak akhlak.
Quote uniq61 29-10-2015 11:02 AM
MEROTAN NI TERMASUK JUGA DALAM CARA CARA MENGAJAR MURID MURID. IANYA ADALAH SATU DENDA ATAU HUKUMAN..TAPI ADA JUGA BATAS BATASNYA...APA AKAN JADI JIKA MURID TAK TAKUT DENGAN GURU? MUNGKIN KITA BOLEH TUNGGU DAN LIHAT ANAK ANAK YASMIN HANI BILA BESAR NANTI. APAKAH CARA DIA TU LEBIH BERKESAN.

TERINGAT PESAN DULU DULU..SAYANG ANAK..TANGAN TANGANKAN..
Quote bianglala 29-10-2015 11:19 AM
cikgu tak boleh ke tulis penuh-penuh perkataan AKU... semuanya AK AK AK...



Quote life_love 31-10-2015 05:44 PM
kesian generasi sekarang..
makin rosak akhlaknya..
makin kurang adabnya..
makin kurang nilainya..

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.102675 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top