Oleh : Dean BZ
Butterworth : Satu kemalangan melibatkan seorang budak lelaki berumur 9 tahun yang dilanggar kereta ketika melintas jalan di Jalan Permatang Pauh telah mendapat perhatian di media sosial ekoran tersebarnya rakaman video yang dirakam Tachograph (alat rakaman didalam kenderaan terbabit). Loading FB Video... Rakaman video kemalangan.
Video berdurasi satu minit itu telah ditonton lebih dari 73,000 view dan lebih dari 700 komen. Walaupun Nur Adil Hakim Mohammad tercampak semasa dilanggar, pelajar darjah tiga SK Permatang Pauh itu bagaimanapun terselamat dan mengalami kecederaan ringan di kepala, bahu kanan dan kaki. Ibu mangsa, Rusmawati Abdul Rahman, 41. berkata Nur Adil keluar memancing tanpa pengetahuannya. " Saya terkejut bila rakan Nur Adil datang memberitahu saya tentang kemalangan itu" "Terima kasih Tuhan, dia tidak mengalami sebarang kecederaan teruk". katanya semalam. Rusmawati berkata Nur Adil dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya dan dibenarkan pulang pada keesokkan harinya. Ekoran tersebarnya video kemalangan itu, banyak komen-komen dari netizen menyalahkan pemandu kereta tersebut kerana memandu terlalu laju. Tidak kurang juga ada yang menyalahkan ibu bapa mangsa itu kerana tidak peka dan membiarkan anaknya keluar rumah tanpa pengawasan. Namun dalam hal ini siapakah harus dipersalahkan, kecuaian pemandu, mangsa atau ibubapa mangsa? - CARI Infonet.
Sumber - thestar
|
27
Bagus |
16
Marah |
9
Terkejut |
14
Sedih |
10
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT