CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ketahui 5 Kesilapan Dalam Penjagaan Kulit Wajah

4-11-2015 06:56 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 4643| Komen: 0

Oleh Izzah Abbasy

Wajah kusam, berminyak, berjerawat, berdaki dan menggerutu sudah tentu berpunca daripada kemalasan diri sendiri. Betul tak? Namun, ada sebab lain yang anda sendiri tidak tahu atau malas nak ambil tahu.



Jom, ketahui 5 kesilapan dalam penjagaan kulit wajah yang sering kita lakukan. - CARI Infonet 


1) PERCAYA PADA TESTIMONIAL


Anda mula tergoda bahawa anda betul-betul perlukan produk yang disyorkan setelah terbaca testimoni pengguna. Sebelum anda tahu tentang produk tersebut, anda perlu tahu jenis kulit pengguna dan rutin pengguna yang dikatakan berjaya mendapatkan kulit wajah yang gebu seperti yang diwar-war menerusi pengalaman. Tidak semua wanita mempunyai masalah kulit yang sama. Apa yang anda perlu adalah pencuci wajah, penyegar dan pelembap. Jika anda mempunyai kesemua penjagaan asas ini, anda tidak perlu merasa percaya dengan testimoni yang diberi lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan 'mengedit' gambar yang semakin popular menerusi telefon canggih.

2) KURANG AIR DAN TIDUR

Masalah hidrasi dan kekurangan tidur boleh memberi kesan yang ketara terhadap kulit. Hal ini kerana, kulit memerlukan air untuk kelembapan. Kulit juga boleh haus dan ia mudah kelihatan apabila kulit tampak pucat, kering dan berkedut. Ramai wanita hanya bergantung kepada pil vitamin C untuk kecantikan kulit tetapi kurang mengambil banyak air sedangkan air diperlukan untuk memberi kesan terhadap tindak balas pil tersebut. Tidur yang cukup pula penting untuk membuat kulit sihat dan berseri kerana perjalanan darah yang sempurna. Minum lapan gelas sehari dan tidur lapan jam sehari sudah memadai utnuk kecantikan kulit.


3) PRODUK RAWAT KEPELBAGAIAN



Ramai wanita memilih satu produk yang mempunyai banyak kegunaan adalah pilihan yang tepat dan wajib ada. Menurut pakar dermatologis dari pusat kecantikan Amerika, Debra Luftman, tidak ada produk yang mampu merawat pelbagai masalah kulit di dalam satu produk. Jika ada pun, ia kurang sesuai dan boleh mengakibatkan  kerosakan lain pula pada kulit. Wanita kini lebih berminat untuk menggunakan satu produk yang mempunyai banyak kegunaan. Ada baiknya anda meneliti dahulu isi kandungan yang terdapat pada label produk. Apa-apa bahan selepas tiga bahan utama yang disenaraikan sebenarnya tidaklah begitu penting. Produk yang mengandungi sedikit kandungan adalah lebih baik.

4) MEMAKAI PRODUK SEMBARANGAN


Anda perlu tahu produk apa yang perlu dipakai terlebih dahulu, produk apa yang perlu dipakai bersama dan bila masa sesuai untuk digunakan. Sebagai contoh, apabila anda mahu menggunakan produk berasaskan retinol atau rawatan jerawat, anda perlu menyapunya sebelum anda menggunakan pelembap. Jika anda mahu menggunaan krim penghalang cahaya matahari, sapu krim berasaskan air atau mineral untuk elak kulit berminyak. Pastikan kering terlebih dahulu dan barulah disapu dengan bedak wajah. Guna produk yang dikhaskan untuk penggunaan malam pada waktu malam kerana kebanyakan krim malam bersifat sensitif pada cahaya.


5) SOLEKAN KETIKA BERSENAM


Kami faham bahawa kebanyakan wanita mahu bersolek walaupun berada di gim kerana mahu menyembunyikan cela-cela dari terus dilihat oleh orang ramai. Hakikatnya kulit akan lebih teruk apabila solekan tidak dibersihkan terlebih dulu. Meskipun produk bersifat mineral dikatakan tidak akan menyumbatkan liang pori anda, ia tetap menyebabkan kulit anda berjerawat akibat peluh yang tersumbat. Pastikan anda sentiasa membawa tisu basah di dalam beg gim anda. Jika tetap mahu mengenakan pelembap, pastikan pelembap bebas minyak. Bersenam untuk sihat. Tidak perlu bersolek.


Sumber info : http://keluarga.karangkraf.com/famili/5-sebab-kulit-anda-teruk-yang-anda-tidak-tahu-1.175037


21

Bagus
14

Marah
10

Terkejut
17

Sedih
20

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.035600 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top