CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bukan Susah Sangat Memikat Lelaki Pendiam!

6-11-2015 06:14 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 10871| Komen: 0



sumber foto :http://uf.cari.com.my/


Untuk mendampingi lelaki pendiam bukan mudah. Anda kena betul-betul bijak untuk mengambil hatinya.Tidak semua wanita sukakan lelaki yang berpenampilan segak dan 'macho' semata-mata. 

Terdapat juga yang berminat dengan lelaki pendiam. Lelaki pendiam ini lebih tenang dan tidak terburu-buru. Senang dibawa berbincang dan yang paling utama, menyenangkan hati.

Berbeza dengan lelaki idaman wanita, lelaki pendiam ini lebih gemar menyendiri dan jarang bergaul dengan orang lain. Lelaki pendiam ini sering diperlekeh oleh lelaki yang kononnya “macho”.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh dirujuk berhubung cara bagaimana menambat hati lelaki pendiam? 


Jangan Gelojoh
Lelaki pendiam tidak sukakan gadis yang terlalu mendesak dan agresif. Perlahan-lahan mengambil hati mereka.

Pujian
Semua lelaki sukakan pujian. Seperti mana wanita, semua jejaka gemarkan wanita yang menyukai dirinya memberikan pujian. Mulakan dengan pujian yang lebih mudah contohnya anda sukakan warna baju atau fesyen terbaru rambutnya. Untuk yang lebih berani, puji bentuk tubuhnya. Pujian adalah kunci kepada hati lelaki!


Lakukan Secara Lembut
Jadilah gadis yang mudah didekati, sentuh hatinya secara lembut dan halus dengan membiarkan dia tahu bahawa anda suka dia!

sumber foto : http://4.bp.blogspot.com/


Gerak Bahasa Tubuh
Perhatikan bahasa tubuhnya adakah si dia benar-benar bertindak balas dengan usaha anda selama memikat si dia. Adakah dia mula memikat anda? Jika ya, inilah tanda si dia mula memberi ruang kepada anda. Jika tidak, anda harus berusaha lagi.


Bersikap Kelakar
Pastikan anda mempunyai personaliti yang benar menarik hati si dia. Anda boleh menjadi seorang yang kelakar dan usiklah si dia asalkan tidak sampai memalukannya. 
Ini mungkin boleh melegakan ketegangan di dalam dirinya.Memikat lelaki pendiam yang agak pemalu ini tidaklah semudah memikat lelaki lain. Anda perlu bersabar dalam mengenali mereka. Jangan biarkan mereka berasa tidak selesa dengan kehadiran anda.


sumber foto : http://www.wom.my/


Kenali Si Dia
Jika anda mahukan cara terbaik memikat mereka, mulakan dengan langkah pertama bertanyakan tentang pelajarannya, kerjaya, keluarga dan apa yang mereka sukai di masa lapang. Percayalah, mereka sangat menyukai gadis yang bertanyakan hal mereka walaupun mereka nampak malu pada permulaan.

Sensitif
Sesetengah lelaki sukakan wanita yang agresif, tapi untuk lelaki pendiam, si gadis perlu lebih peka terhadap perasaan si jejaka. Jika terlalu mendesak, kemungkinan anda hanya menakutkan si dia. Perlahan-lahan tonjolkan diri anda dan anda bakal mendapat respon yang baik.

Bersikap Ramah
Sesetengah lelaki menyukai gadis yang tidak terlalu ‘sweet’ ataupun peramah, namun untuk kategori lelaki pendiam, mereka sebenarnya mencari gadis yang boleh dijadikan rakan. Cuba lah bersikap ramah dan bercakap dengannya apa jua topik semasa. Dari situ, anda akan jumpa persamaan masing-masing.


sumber foto : http://effortlab.com/


Bukan susah kan nak memikat si jejaka yang pendiam, apa yang penting memulakan langkah pertama dulu.

Mungkin ada orang akan kata tidak sopan wanita yang bertindak menunujukkan rasa cinta kepada lelaki tapi dah pun diketahui lelaki tersebut seorang pendiam, demi kebahagian diri, apa salahnya bertindak demikian, janji tidak melebihi batasan. - CARI Infonet

(sumber: wom.my)
20

Bagus
25

Marah
24

Terkejut
21

Sedih
12

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.046944 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top