Bila cakap fasal keluarga ini, sudah pasti kita inginkan sebuah keluarga yang harmoni dengan penuh kasih sayang antara ibu bapa dan adik-beradik. Semua orang mahukan keluarga dan adik-beradik yang harmoni. Siapa suka bersengketa dengan ahli keluarga sendiri kan?
Namun, tidak dinafikan ada juga dalam kalangan adik-beradik yang busuk hati dan kuat dengki. Seperti dikongsikan penceramah bebas Ustaz Elyas Ismail dalam video di TikToknya, terdapat tiga jenis adik-beradik yang ‘busuk hati’. #1. Dengki & memburukkan adik-beradik lain Ada adik-beradik yang dengki dengan kakak ke abang ke adik, dalam masa yang sama dia juga memburuk-burukkan adik-beradiknya itu pada ibu bapa mereka. Sebarkan keburukan adik-beradik kepada orang luar seperti ‘abang duit banyak tapi kedekut dan berfoya-foya, bukan guna dekat jalan yang betul'. Dia busuk hati dan dengki.
#2. Dengki & mendatangkan mudarat Bukan sahaja dengki, tapi dia juga cuba untuk membuat sesuatu yang mendatangkan bahaya terhadap adik-beradik lain. Dalam kalangan adik-beradik pun ada cubaan nak bunuh. #3. Pakat Dengan orang lain untuk jatuhkan adik-beradik sendiri Jenis yang mengajak atau berpakat dengan orang lain untuk menjatuhkan atau memudaratkan adik-beradik sendiri. Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT