Oleh Adib Za Kes yang terjadi pada wanita ini sememang agak pelik dan aneh. Ini kerana dia mengalami alahan yang membuatkan dia sukar 'bersama' dengan suaminya.
Memetik laporan Daily Mail, Clara mengalami alahan terhadap sperma suaminya. Ya, jangan terkejut, keadaan yang dipanggil sebagai seminal plasma hypersensitivity ini menyebabkan Clara mengalami reaksi alahan pada protein yang ada dalam sperma suaminya, Jeff. Malah, jika suaminya menggunakan kondom ketika bersama, alahan tetap dirasainya. Ini menyebabkan Clara mengalami bengkak seperti kemerahan dan terbakar. Pada mulanya dia menyangka ia merupakan penyakit kelamin.
Namun, selepas pemeriksaan dilakukan, Clara disahkan mengalami alahan sperma. Pastinya keadaan ini menjadikan hubungan intim mereka terganggu! Mereka mengakui tidak 'bersama' selama 10 bulan kerana penyakit yang dialami Clara ini. Namun, selepas menjalani rawatan, Clara akhirnya dapat bersama dengan suaminya semula dan hasilnya, alahan yang dialami tidak separah sebelumnya. Kesimpulannya, jika anda mengalami masalah dalam hubungan intip, jangan cuba mengelak daripada berjumpa doktor anda. - CARI Infonet |
ADVERTISEMENT