CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dua Pemuda Berebut Nenek Berumur 80 Tahun?

16-11-2015 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 11743| Komen: 21




Oleh : TS LOO


Bukan mudah untuk berdepan penyakit kanser, kalau berjaya sembuh daripada penyakit kanser memang wajar diraikan dengan sepuas-puasnya.

Di British, baru-baru ini seorang nenek tua berumur 80 tahun, Jean Hodgetts dikatakan bergembira sambil menari di sebuah bar bersama keluarga berikutan berjaya sembuh daripada penyakit kanser mulut. 

Nanum, Jean Hodgetts bukan menari tarian waltz yang romantik bersama suaminya Dennis, sebaliknya menari tarian 'panas' bersama dengan pemuda yang baru berumur 20an. Bukan hanya itu sahaja, kehebatan nenek tua itu turut menjadi rebutan oleh 2 orang pemuda.



Berdasarkan video yang tersebar melalui media sosial menunjukkan, ketika itu bar tersebut sedang menyiarkan lagu terkenal " Rock DJ " nyanyian Robbie Williams dan kelihatan nenek tua tersebut sedang menari bersama seorang pemuda berpakaian baju hitam dengan penuh gembira. 



Selepas menari dengan pemuda berbaju hitam, seorang lagi pemuda berbaju putih sambung menari bersama nenek tua. Tanpa diduga, pemuda berbaju hitam pula tiba-tiba mahu menari semula dengan nenek tua, jadi dia terus memotong giliran tarian nenek tua dengan pemuda berbaju putih, tetapi pemuda berbaju putih berpura-pura tolak pemuda berbaju hitam, keadaan kelihatan sungguh melucukan. 


Namun, pemuda berbaju putih akhirnya membiarkan pemuda baju hitam sekali lagi menari bersama nenek tua. Selepas itu, nenek tua turut bergembira bersama sekumpulan perempuan muda.  



Menurut Lee, cucu kepada Jean Hodgetts, " beginilah nenek saya berjaya bangun semula, sambil menari bersama sekumpulan pemuda, dia seolah-olah kembali ke zaman usianya 20 tahun, semua orang meraikan kejayaannya. "


" Setiap orang di dalam bar, turut terhibur dengan keghairahan dan semangat yang ditunjukkan olehnya ketika menari, semua orang dapat rasa kesungguhan nenek saya mengharungi kehidupannya. , saya bangga dengan nenek saya."


"Dia sering pergi menari, saya tahu dia pernah berkeinginan untuk menjadi seorang penari, dia gemar muzik Latin dan penyanyi Elvis Presley. Tetapi, apabila saya menyiarkan muzik popular masa kini, dia turut boleh menari mengikut muzik.yang dimainkan."

Lee juga beritahu, semua kawan rapatnya mengetahui dia mempunyai seorang nenak yang 'gila'  dan amat kelakar orangnya.


"Saya fikir, dia menganggap dirinya berumur 18 tahun, dia betul-betul membuktikan kepada kita semua ; umur hanya merupakan suatu angka sahaja. "


Menurut Lee lagi, seperti kali ini, biarpun neneknya menjadi tumpuan orang ramai dan atuknya hanya duduk saja di belakang melihat nenek bergembira dengan golongan muda, tetapi atuk langsung tidak ambil hati kerana mereka berdua saling mencintai antara satu sama lain.- CARI Infonet



Sumber info: http://metro.co.uk/

13

Bagus
13

Marah
6

Terkejut
15

Sedih
14

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 16-11-2015 12:36 PM
Klu kat msia...dah tentu nenek ni kena kutuk....

Klu laba masuk thread ni, mesti ayat dia -Dah byk sgt pelahap babi, menari -nari mcm babi....keturunan babi...


Oopss....
Quote chinta89 16-11-2015 12:38 PM
ceria btl muka nenek ni
Quote fifie_olin 16-11-2015 01:12 PM
poyo je citer ni
Quote ska_n_dal 16-11-2015 01:41 PM
nenek pun dorang nak rebut..dah xde gadis2 ke
Quote nolya 16-11-2015 01:49 PM
nenek itu sedang bergembira sebelum dia menutup usia. Oleh kerana dia bukan nenek di M'sia, maka biarkanlah dia.... Nenek M'sia kalau nak juga menari gembira, menari ajelah di rumah sbg acara hiburan dgn cucu2.  Nenek gembira dan cucu2 juga gembira. Semua akan ketawa.....
Quote JeNaB_PopPop 16-11-2015 03:01 PM
takpalaahhh nenek diaa...bukan nenek akuu
Quote iznanaziz 16-11-2015 03:12 PM

pakai lipstick pun bersepah...

apa la yg nak direbutkan...
Quote watie_na 16-11-2015 03:18 PM
jazaa100 replied at 16-11-2015 12:36 PM
Klu kat msia...dah tentu nenek ni kena kutuk....

Klu laba masuk thread ni, mesti ayat dia -Dah by ...


Quote mujer_in_espejo 16-11-2015 03:41 PM
jazaa100 replied at 16-11-2015 12:36 PM
Klu kat msia...dah tentu nenek ni kena kutuk....

Klu laba masuk thread ni, mesti ayat dia -Dah by ...

Kah kah kah.. komen ko pling win
Quote buzzin_urban 16-11-2015 04:51 PM
haha... cuba pegi Hard Rock Cafe Kuala Lumpur... mesti ada sorang ah soo tu maybe umur dalam lingkungan 50an akan sakan menari.... hahaha...
Quote barfi 16-11-2015 04:52 PM
Dah lendut dah pun
Quote Artemesiaa 16-11-2015 06:39 PM
Ke saja je dia orang buat gitu untuk gembirakan hati nenek yang dah sembuh dari penyakit kenser
Quote datinamanda 16-11-2015 09:20 PM
Tak nak komen ape. Nak kenal dengan cucu nenek itewww boleh
Quote DaisyD 16-11-2015 09:36 PM
Artemesiaa replied at 16-11-2015 06:39 PM
Ke saja je dia orang buat gitu untuk gembirakan hati nenek yang dah sembuh dari penyakit kenser

aku pun rasa macam tu juga lah
Quote aijinmisaki 16-11-2015 09:37 PM
alah setakat nak hibur kan hati nenek ni aje kan..
apa salahnya
Quote siape_aku 17-11-2015 11:24 AM
nape lipstick die x rata kat pic first tu?
Quote iznanaziz 18-11-2015 12:39 PM
ha kan..aku pun tgk bersepah lipstick dia
Quote anees~nuhara 18-11-2015 01:24 PM
wahhh...nenek hebat
Quote nist02 19-11-2015 12:48 AM
Biorlah... syurga donia buat diaorg..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.035167 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top