Oleh Izzah Abbasy
Menggunakan khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah DIHARAMKAN oleh Islam. Walaupun sperma dan ovum adalah diambil daripada pasangan suami isteri yang sah kerana ia akan menyebabkan berlakunya kekeliruan nasab anak yang akan dilahirkan. Hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan oleh semua hali, Muzakarah berpandangan bahawa prinsip pensyariatan Islam amat menitikberatkan penjagaan lima (5) perkara yang menjadi tunjang kehiduoan umatnya iaitu menjaga agama, jiwa, maruah, harta dan keturunan. Ketidaktentuan nasab merupakan aspek yang paling besar dalam kelahiran seorang bayi yang dikandung oleh ibu tumpang. Seorang ibu tumpang berbangsa Inggeris berkulit putih misalnya boleh melahirkan seorang bayi yang berbangsa negro yang berkulit hitam atau sebaliknya. Perkembangan dunia perubatan di bidang teknologi rawatan kesuburan bagi membantu reproduksi walaupun banyak memberi manfaat namun ternyata boleh menyebabkan kecelaruan sistem kekeluargaan dan keturunan. Melalui khidmat ibu tumpang, bayi yang dikandung dan dilahirkan mempunyai hubungan genetik atau tiada langsung hubungan darah dengan ibu tumpangnya kerana telur dan sperma adalah milik orang lain. Ikhtiar manusia untuk mendapatkan zuriat, tidak seharusnya mencemarkan nilai kemanusiaan dan melanggar hukum-hakam agama dan bertentangan dengan prinsip pensyariatan yang digariskan iaitu untuk menjaga lima (5) perkara (الكليات الخمسة) yang menjadi tunjang kehidupan iaitu menjaga agama, jiwa, maruah, harta dan keturunan. - CARI Infonet Sumber Info : http://www.e-fatwa.gov.my
|
ADVERTISEMENT