Oleh Adib Za
Jenama Zara tidak perlu diperkenalkan lagi. Merupakan salah satu jenama pakaian terbesar di dunia dan menjadi kegilaan peminat fesyen pastinya. Namun, baru-baru ini nama gah Zara itu seolah-olah tercalar kerana ia mendapat kecaman masyarakat selepas satu insiden yang dianggap mendiskriminasikan wanita Muslim. Satu video yang tersebar di laman sosial, menunjukkan wanita bertudung dilarang memasuki premis itu yang berlokasi di kota Paris.
Pekerja Zara sama sekali tidak membenarkan wanita berkenaan dari memasuki butik terkemuka itu dengan menerangkan peraturan 'larangan memasuki dengan hijab, topi, hud dan kepala bertutup'. Tidak diketahui bila masa sebenar kejadian, namun video itu telah dimuatnaik menerusi laman sosial pada 14 November, sehari selepas serangan pengganas di kota Paris. Ia sekaligus menaikkan kemarahan dan mengguris hati banyak pihak sama ada mereka yang beragama Islam mahupun sebaliknya. Mereka sama sekali mengecam perbuatan mendiskriminasikan itu dan mengajak orang ramai memboikot jenama pakaian itu. Menjawab perkara itu, pihak Zara meminta maaf melalui laman sosial dan memberitahu telah mengambil tindakan kepada pekerja terbabit dengan memecatnya serta merta. Apa pun, pilihan di tangan anda, sama ada mahu mempercayai atau tidak polisi bodoh mereka ini. Tepuk dada, tanya selera. - CARI Infonet (Sumber foto/ video: Buzzfeed)
|
12
Bagus |
21
Marah |
18
Terkejut |
16
Sedih |
17
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
BebeQ replied at 19-11-2015 12:39 AM
i tertarik dgn komen Zara kepunyaan orang muslim. ada kebenarannya kah?
tipuware replied at 19-11-2015 09:42 PM
Zara diskriminasi terhadap perempuan gemok juga.. semua seluar n baju xde utk size plus cam aku
ADVERTISEMENT