CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kerajaan Dikecam Kerana Mempolitikkan Soalan SPM!

19-11-2015 06:06 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8818| Komen: 23



Oleh : TSLOO

sumber foto : https://sokmodotnet.files.wordpress.com





Selasa lalu, soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM dikatakan penuh dengan kontroversi, akibatnya mengundang pelbagai persoalan dan kecaman di kalangan pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut menerusi media sosial.


Ada pelajar yang membongkarkan, antara soalan yang dipertikaikan: Nyatakan bagaimana sekolah boleh melarang pelajar melibatkan diri dalam segala aktiviti anti kerajaan? ( Berikutan kertas peperiksaan tidak boleh dibawa keluar dari dewan ujian, jadi pelajar hanya bergantung ingatan untuk menyatakan soalan tersebut)  

oleh itu, soalannya mungkin ada perbezaan dengan soalan yang sebenar ketika peperiksaan SPM dijalankan. 


Selain itu, disertakan sekeping gambar yang menunjukkan sepucuk surat daripada pihak kerajaan yang melarang pelajar dan kakitangan kerajaan menyertai Organisasi Bukan Kerajaan atau Non Goverment Organisasi , NGO dan menyertai kegiatan anti-kerajaan. 



Ada pelajar berkomen, soalan sebegitu disyaki mengandungi agenda politik, malah aktiviti NGO yang disebut dalam soalan itu secara sinis merujuk kepada perhimpunan Bersih.



Tajuk lampiran untuk soalan yang sama : Terlampir sekeping gambarajah yang menunjukkan A sedang tampal poster pilihanraya, dan meminta B sama-sama tampal poster tersebut dengan membayar RM100 kepada B, tapi B enggan dan mengatakan " Awak dah lupa ke Guru besar beritahu tidak boleh menyertai kempen pilihanraya, kan? 


Soalannya adalah : Terangkan kenapa mengambil keputusan untuk menyokong B?


Ianya menimbulkan pertanyaan pelajar adakah ini sebenarnya merupakan peperiksaan atau pun propaganda kerajaan? 


Ianya disyaki bermotif untuk 'Brain Wash' pelajar.





Selain itu, terdapat satu lagi soalan yang juga dipertikaikan iaitu : Semasa kawalan bekalan air, apa perasaan ketika orang ramai beratur untuk mendapat bekalan air? Dalam prosesnya, apa kesan positifnya? 


Sehubungan itu, ada pelajar rasa tidak puas hati, meragui niat sebenar kerajaan dalam isu gangguan bekalan air yang tidak penyelesaian. Antaranya, ada pelajar yang mengecam : membuatkan saya terpaksa beratur lama untuk mendapatkan bekalan air, ini pula nak saya beritahu kesan positifnya? 



Terdapat juga pelajar yang mengecam pihak kerajaan memang tidak cekap!


Tajuk lampiran untuk soalan mengenai beratur panjang untuk dapatkan bekalan air adalah : Kalau sekarang awak nak pergi ke kelas tambahan, tapi ibu awak pula nak awak pergi beratur untuk dapatkan bekalan air, apa tindakan awak?


Selain itu, ada pelajar memberi beberapa contoh soalan yang menarik, antaranya seperti:

1) Malaysia menyertai kumpulan ASEAN, apa kebaikannya?

2) Kalau memperolehi 5A dan 4B, awak akan terus sambung belajar atau bekerja?

3) Mary tidak puas hati kawalan ayahnya yang terlalu ketat, sering menghadkan kebebasannya, tidak membenarkan dia keluar. Jimmy yang pernah meninggalkan rumah dan keluarga menanya Mary, nak tak meninggalkan rumah bersama? Apakah pandangan anda terhadap tindakan yang akan diambil oleh Mary? 


Berkenaan ketiga-tiga soalan tersebut di atas, secara umumnya pertikaian para pelajar adalah seperti berikut:


1) Kenapa isu ASEAN keluar di kertas peperiksaan Subjek Moral, dan bukan pada kertas subjek Sejarah? Soalan mengenai ASEAN telah 'bermastautin' dari subjek sejarah ke subjek moral? 


2) Kenapa hanya sembilan subjek sahaja, dah lupa ke ada juga pelajar yang ambil subjek tambahan iaitu Bahasa Cina dan Akaun? terdapat pelajar yang menyindir, ada tak bomoh yang akan guna biji kelapa meramalkan, saya hanya mampu memperolehi gred A untuk 5 subjek, gred B untuk 4 subjek, adakah ini merupakan sumpahan sya tidak mampu mendapat gred A untuk semua subjek?


3) Yang itu kisah cinta ke? Saya perlu berbincang dengan ayah Mary, Jimmy mungkin seorang perogol, mengambil kesempatan melakukan tindakan yang tidak senonoh.


Kini, kata kunci yang paling hangat di carta carian twitter adalah #SPM2015 - CARI Infonet












32

Bagus
23

Marah
46

Terkejut
34

Sedih
16

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (171 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 19-11-2015 06:16 PM
mary... jgn birah sgt okeh.
Quote mak_wa95 19-11-2015 06:31 PM
wartawan cari asyik ambik berita dari sumber viral je..

dududk depan PC search...
pas2 tepek jadi berita,,,

taraf lembam..
Quote chazey 19-11-2015 06:44 PM
Edited by chazey at 19-11-2015 06:54 PM

Betul la zaman semakfon ini takda rahsia2 dah.
Quote bungarose 19-11-2015 06:47 PM
exam ker main2 nih:
Quote chazey 19-11-2015 06:50 PM
Tapi soalan pasal akta larangan menyertai aktiviti anti kerajaan tu memang bersifat mengongkong pun. Kalau soalan tu diolah jadik, 'adakah anda setuju jika pelajar dilarang menyertai kegiatan anti kerajaan? Berikan sebabnya' - mungkin lebih mudah untuk pelajar jawab dengan mengaplikasikan nilai2 moral yang meka pelajari. Ini, pelajar kena fikir camna sekolah boleh halang pelajar dari menyertai kegiatan anti kerajaan? Susah nak jawab tu. So far aku tengok soalan PM paling susah untuk SPM 2015. Huntonglah sapa yang ambik PI - kalau cukup ulangkaji, gelak2 ja ko jawab sebab soalan mudah sangat (bagi aku).
Quote dodolgemok 19-11-2015 06:54 PM
Selayaknyalah dihencap dan dimaki ramai2 kalau soalan spm pon ala2 bimbo punya soalan. Budak sekolah pon dah pandai pikir mana betul mana palsu.

Kerajaan bn umngok sekarang mmg betul2 mengamalkan dasar pandang ke timur; NORTH KOREA! hail kim jong najib!!
Quote dodolgemok 19-11-2015 06:55 PM
chazey replied at 19-11-2015 06:44 PM
Haiyoh motif kome sempat snappy2 pics masa jawab soalan?

Dah la kertas PM ni kertas soalan tertut ...

Sis sila baca artikel di atas baik2, dia cakap soalan tu berdasarkan ingatan murid2 lepas jawab exam. So hadap je la gomen kena maki bertalu2 sbb soalan bimbo yg hamat
Quote chazey 19-11-2015 07:07 PM
dodolgemok replied at 19-11-2015 06:55 PM
Sis sila baca artikel di atas baik2, dia cakap soalan tu berdasarkan ingatan murid2 lepas jawab ex ...

Iya sis, sebab tu aku dah edit post awal2.

Btw soalan tu memang tak betul pun cara penyoalannya, kawan aku yang pemeriksa SPM pun komplen soalan pelik dan heol orang BN ok.



Quote chazey 19-11-2015 07:18 PM
dodolgemok replied at 19-11-2015 06:55 PM
Sis sila baca artikel di atas baik2, dia cakap soalan tu berdasarkan ingatan murid2 lepas jawab ex ...

Btw, sis Dodol tanak cuba jawab soalan sempena Bersih 4.0 ni?

DSC_3863.jpg

DSC_3862.jpg
Quote HannahMontana 19-11-2015 07:23 PM
mampus......................otak najis


cucu Tok Haji Awang dipaksa jawab STEUJU KE GOMEN...kalo tidok mu gagal
Quote spiderman80 19-11-2015 08:08 PM
dodolgemok replied at 19-11-2015 06:54 PM
Selayaknyalah dihencap dan dimaki ramai2 kalau soalan spm pon ala2 bimbo punya soalan. Budak sekolah ...


Quote Pajeri_Nenas 19-11-2015 08:13 PM
Tp betul jugak dlm konteks budak sekolah.xbleh terlibat dlm politik Dan perhimpunan.
Quote kasibiman 19-11-2015 08:20 PM
ehh gila babi la bangsat2 ni seme.



Quote JokesCop 19-11-2015 08:25 PM
Soalan berbaur politik kene ada utk melahirkan insan yg berfikiran kritis. Kenapa xboleh join rally anti kerajaan. Kerajaan negeri pun ada pembangkang. Jangan sempit sangat minda terlalu defensive bila dgr perkataan "kerajaan" terus fikir itu barisan nasional. Mentaliti xnak menang ke?
Quote cHimo 19-11-2015 08:27 PM
Terdesak sangat wakakaka..
Quote sabbath_shalom 19-11-2015 08:32 PM
Bodoh nye kerajaan BN....bukan engkorang ke yang upah budak bawah 21 tahun pasang poster time nak PRU??????
Quote giyomi 19-11-2015 08:51 PM
Camne tahap pendidikan nak meningkat biamana adanya penulis2 soalan bodoh diberi tugas dlm merekacipta soalan2 peperiksaan.
Quote LuLu^Lost 19-11-2015 10:23 PM
JokesCop replied at 19-11-2015 08:25 PM
Soalan berbaur politik kene ada utk melahirkan insan yg berfikiran kritis. Kenapa xboleh join rally  ...

Tu la. Saya pun pikir gitu. Memula nak marah juga apa punya soalan bias gini nih?  Tapi bila fikir2 balik... perkataan kerajaan tu tak semestinya BN. BN jadi kerajaan sebab menang majoriti dalam pilihanraya. Betulkan saya kalau saya salah.

Kerajaan tu terdiri dari pembangkang dan penyokong. Sekiranya pembangkang menang pun, mereka juga digelar kerajaan. "Kerajaan sekarang" - diwaktu itu. Betul cakap JokesCop Kerajaan Negeri pun ada yg terdiri dari pembangkang.

Mana tau pru14 ni pembangkang menang majoriti, jadinya tak boleh sebut kerajaan la eh? Abis..nak kategorikan apa kumpulan yang menang tu? Persatuan?  Ke kelab? hehehe
Quote Decaffeinated 19-11-2015 10:31 PM
mak_wa95 replied at 19-11-2015 06:31 PM
wartawan cari asyik ambik berita dari sumber viral je..

dududk depan PC search...

BM pun sayur....



Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.044837 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top