|
Oleh : TS LOO
Kumpulan militan Negara Islam (IS), hari ini mengaku menyeludup masuk bom di dalam tin air soda ke dalam pesawat penumpang Rusia, Metrojet yang terhempas bulan lalu di Semenanjung Sinai, Mesir selepas berjaya melepasi kawalan ke-selamatan di lapangan terbang Mesir. Air tin soda yang digunakan militan IS untuk menyembunyikan bom di dalam pesawat Metrojet yang meletupkan pesawat berkenaan. Pengakuan itu yang diterbitkan dalam majalah kumpulan itu didedahkan sehari selepas Moscow mengumumkan menjumpai kesan bahan letupan dalam rangka kapal terbang itu dan Rusia sedang berusaha memburu penjenayah yang bertanggungjawab dalam kejadian itu. Menerusi majalah dalam taliannya, Dabiq, IS memaparkan gambar didakwa sebagai bahan letupan tersebut yang disembunyikan di dalam tin air soda serta gambar pasport milik penumpang yang telah meninggal dunia.
sumber berita: utusan.com.my |
|
20
![]() Bagus |
11
![]() Marah |
8
![]() Terkejut |
22
![]() Sedih |
18
![]() Lawak |
13
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.575138 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.