CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Jenis Lelaki Dalam Dunia, Anda Jenis Yang Mana Satu?

23-11-2015 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6088| Komen: 0




Oleh : TS LOO


Dalam dunia ini, kebiasaannya kaum adam atau lelaki akan dilihat sebagai golongan yang kuat dari segi fizikal dan bersifat kepimpinan dalam sesebuah rumahtangga. Bagaimana pun, secara umumnya lelaki boleh dikategorikan kepada 5 jenis berdasarkan kecenderungan orientasi seksualnya. 


1. Lelaki Biseksual
Lelaki yang terdiri daripada golongan biseksual pula mempunyai tarikan terhadap keduadua jantina iaitu lelaki dan wanita. Golongan ini dikatakan mempunyai kecelaruan identiti serta amat ditegah oleh agama.  Kecenderungan seksual bagi lelaki seperti ini adalah di antara heterokseksual kepada homoseksual.
Daripada segi fizikal pula, ada yang berperwatakan lembut dan paling pasti mereka juga amat mementingkan penjagaan fizikal juga kecantikan diri. mendapatkan apa yang mereka hajati seperti ke spa mahupun barangan berjenama mewah. Kini semakin hari semakin ramai lelaki menjadi metroseksual akibat tahap urbanisasi yang menuntut mereka untuk sentiasa menjaga penampilan diri agar tidak ketinggalan.





2. Lelaki Heteroseksual

Heteroseksual merupakan spesies lelaki yang paling ramai di dunia ini. Lelaki seperti ini mempunyai fitrah sempurna dalam kejadian manusia. Mereka meminati wanita seperti lelaki biasa. Daripada segi penampilan pula, mereka dikatakan tidak terlalu cerewet berbanding lelaki yang  metro. Gaya hidup mereka sentiasa aman, malah mereka mementingkan masa hadapan  untuk mempunyai keluarga yang sempurna dan sejahtera. Mencapai matlamat dalam  kerjaya dan percintaan pula menjadi keutamaan lelaki heterokseksual ini. Adakah teman lelaki kamu lelaki daripada jenis ini?




3. Lelaki Metroseksual

Lelaki metroseksual pula dikatakan  sebagai individu yang amat  mementingkan penjagaan dan penampilan diri dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Mereka juga dikatakan sebagai golongan yang amat mencintai dunia fesyen serta  kesihatan tubuh badan.



4.Lelaki Uberseksual
Fizikal lelaki jenis uberseksual seakan-akan lelaki daripada golongan heteroseksual. Sebenarnya lelaki jenis ini mempunyai fikiran yang sangat terbuka serta berpandangan jauh. Golongan uberseksual ini amat mementingkan kerjaya dan perniagaan  daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Mereka juga dikatakan individu yang mementingkan prinsip dalam setiap apa yang dilakukan. 

Nilai maskulin amat tinggi terhadap golongan uberseksual serta mereka menganggap lelaki dan wanita mempunyai hak yang sama dan perlu dihormati. Paling pasti, mereka dikatakan seorang yang sangat taasub pada perniagaan, politik serta hal ehwal duniawi.



5. Lelaki Homoseksual

Kini dunia semakin hampir ke penghujungnya. Ramai yang berperwatakan tidak sepatutnya terutama mereka yang terdiri daripada golongan homoseksual. Golongan ini akan tertarik kepada kaum sejenis dan merasakan diri mereka dibayangi dengan perasaan wanita dan memerlukan lelaki sebagai pelindung. Agak melucukan malah kebanyakan golongan seperti ini bersifat lembut dan selera seks mereka tidak kepada kaum wanita. Jadi berhati-hati memilih pasangan agar kamu tidak tertipu apabila berjumpa si kacak tetapi bukan seperti apa yang kamu bayangkan.- CARI Infonet




Sumber info- Selongkar10
21

Bagus
15

Marah
21

Terkejut
7

Sedih
21

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.036919 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top