Oleh : TS LOO
Selepas Utara Syria, Raqqa ditakluk oleh Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dan menjadi ibu kota kumpulan terbabit, masyarakat tempatan sepanjang masa berada dalam situasi peperangan, serangan udara, hukuman mati, dipaksa menderma darah atau mengahwini pejuang jihad kumpulan militan IS, semua keadaan ini kelihatan dimana-mana sahaja. Kehidupan yang amat memeritkan ini mengakibatkan berjuta-juta penduduk terpaksa meninggalkan kampung halaman dan melarikan diri ke setiap negara di Eropah. Tetapi Jumaat lalu, setelah berlaku insiden serangan pengganas di Paris, Perancis, ada laporan mengatakan suspek mempergunakan pas pelarian menyeludup masuk ke Perancis, ianya bukan sahaja menimbulkan perhatian masyarakat sedunia, malah terdapat segelintir pihak mengadakan bantahan berhubung tindakan penerimaan pelarian perlu dihentikan.
Walau bagaimanapun, presiden Perancis Francois Hollande telah mengumumkan negara Perancis akan mengotakan janji terus menerima 30 ribu pelarian Syria dalam tempoh dua tahun yang akan datang ini. Bagaimanakah keadaan kehidupan yang sebenar di Syria yang selama ini tidak pernah diketahui dunia luar. Seorang jurukamera dari Sweden, Magnus Wennman masuk ke dalam kawasan peperangan, merakamkan keperitan kanak-kanak tempatan yang hidup dalam keadaan peperangan yang kejam. Magnus Wennman memuatnaikkan salah satu gambar di Instagram iaitu gambar yang dirakam di sempadan Hungary. Dalam gambar itu, kelihatan seorang budak perempuan dari Iraq tidur di sempadan yang berhampirann sebuah hutan. "Setiap hari akan ada berjuta-juta pelarian berada di sempadan Hungary, tapi tiada orang boleh mengetahui apa akan berlaku. Ketika saya bersembang dengan pelarian , mereka semua mengatakan tidak faham kenapa tidak boleh masuk ke Hungary, mereka hanya berharap dapat masuk ke Hungary dan bergerak ke arah barat untuk pergi ke Jerman." Magnus Wennman kata, di kawasan sempadan boleh nampak pelarian berkenaan menjerit : " Buka pintu ! Kami sayang Merkel! " Berikutan ketibaan musim sejuk, keadaan suhu semakin menurun, mereka semua mungkin akan mati kesejukan akibat tiada sebarang bantuan. Di kawasn sempadan , Magnus Wennman terlihat ramai pelarian semuanya membungkuskan dirinya dengan 'selimut panas' sambil berehat, keadaan tersebut amat menyayat hati apabila dipandang. Menurut Magnus Wennman, kanak-kanak yang berada dalam video itu bernama Walsall, umurnya hanya 5 tahun dan dia teringin sangat balik rumahnya. "Dia kata, di Aleppo, bandar di utara Syria, dia mempunyai sebuah bilik sendiri, tidak pernah menangis ketika tidur pada waktu malam. Tapi apabila datang ke sini, setiap malam di kem pelarian, dia akan menangis. Setiap malam akan berlaku insiden diserang yang amat menakutkan." Gambar di atas pula memperlihatkan pelarian di Horgos, sebuah kampung di Serbia sedang berjalan kaki mengikut landasan keretapi ke Hungary. " Mereka telah berjalan beberapa minggu, turut membelanja sejumlah wang, semata-mata untuk menyeludup masuk ke Eropah. Destinasi impian mereka adalah negara Jerman atau Sweden." Yang gambar di atas ini pula, merupakan sepasang adik beradik iaitu Ralia dan Rahaf, akibat peperangan, mereka telah kehilangan rumah tangga hampir setahun. Ibu dan adik terkorban kerana peperangan, kedua adik beradik ini setiap hari menanti hari esok yang tiada harapan. Menurut Magnus Wennman ketika ditemubual wartawan Amerika Syarikat : " saya sendiri juga mempunyai seorang anak berumur 5 tahun, saya sedar dapat membolehkan anak saya tidur dengan selamat di atas katinya setiap malam, ianya adlah sesuatu perkara yang sememangnya penting. Di medan peperangan, kanak-kanak menjadi mangsa yang paling tidak bersalah." "Dalam situasi yang tiada pilihan langsung, mereka terpaksa meninggalkan negara sendiri. Ramai kanak-kanak beritahu saya, mereka ingat dengan jelas semua bunyi letupan itu." " Tiada siapa mengetahui bila konflik peperangan akan berakhir, bagaimana pula masa depan Syria. Sebahagian kanak-kanak mungkin boleh memulakan kehidupan yang baru di negara baru mereka berada dan mungkin akan memiliki masa depan yang cerah. "Tetapi, turut ada ramai lagi budak yang masih terkandas di kem pelarian, mungkin tidak dapat kembali ke Syria buat selama-lamnya." Magnus Wennman hanya berharap menerusi lensa kameranya, mampu membiarkan masyarakt di dunia ini lihat kekejaman peperangan dan situasi sebenar yang dihadapi oleh para pelarian. Kini, anda juga boleh derma dan beri bantuan melalui laman web rasmi Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR). - CARI Infonet sumber info: https://www.instagram.com/p/7LHUDBEni-/?taken-by=magnuswennman |
19
Bagus |
15
Marah |
17
Terkejut |
17
Sedih |
30
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT