CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Punggung Besar? Jom Cuba Cara Ini Untuk Kecilkan

23-11-2015 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 9266| Komen: 2

Oleh Izzah Abbasy

Jangan tak tahu, punggung besar sebenarnya aset tau! Sampai hati cuba memperkecilkan dan memperendahkan wanita yang mempunyai punggung besar.



Punggung besar yang mempunyai lemak yang banyak di kawasan tersebut, ia harus dikecilkan. Tetapi, jika rangka punggung memang dah asli besar. Ia sememangnya tidak boleh dikecilkan lagi.

Lemak-lemak di punggung boleh dihapuskan dengan melakukan ;

1. Lakukan Senaman Kardio


Untuk mengecilkan punggung dengan cepat, anda boleh melakukan senaman dengan cara yang sederhana dan tidak perlu terburu-buru untuk ke gym dan sebagainya. Lakukan senaman ringan di atas katil ataupun sofa pun boleh! Yang penting, anda selesa.

Caranya, posisikan tubuh pada posisi terlentang dan simpan tangan di sebelah badan. Pilih tempat yang paling selesa untuk melakukan senaman ini.  Kemudian angkat kaki kanan dan kiri secara bergantian dengan gerakan ke atas dan ke bawah. Lakukan gerakan ini sebanyak 15 kali.

Kemudian lakukan gerakan seperti mengayuh basikal. Ingat, dalam senaman jumlah yang banyak tidak bermakna apabila tidak dilakukan dengan baik. Oleh sebab itulah, lakukan gerakan mengayuh basikal dengan perlahan, tapi pastikan ia berjaya dibuat sebanyak 15 kali.

Kedua-dua gerakan senaman ini elok dilakukan pada setiap pagi setelah bangun tidur dan juga pada malam hari sebelum tidur. Jika mahu atau berasa tubuh sudah mampu untuk melakukannya lebih, jangan lupa untuk menambah jumlahnya ya!

2. Berjalan Kaki Atau Lompat Tali

Apabila ingin melakukan gerakan senaman lainnya, lebih baik pilih senaman yang memang  untuk paha dan punggung seperti berjalan kaki atau lompat tali.

Dengan berjalan kaki, secara tidak langsung anda telah menggerakan punggung anda. Bahkan senaman berjalan kaki juga biasanya tidak terlalu disedari, namun banyak kebaikannya. Dengan berjalan kaki sebanyak sepuluh ribu langkah setiap hari, maka kaki, paha dan punggung anda akan menjadi lebih kecil dan menarik.

3. Jaga Pola Pemakanan

Anda disarankan untuk makan secara teratur. Biar kerap, tetapi dalam jumlah makananyang sepatutnya. Perbanyakkan makan buah dan sayuran segar agar tubuh mendapat jumlah vitamin dan mineral, juga membantu membakar lemak dalam tubuh. Hindari pengambilan lemak, karbohidrat serta gula.

Selain itu, anda juga harus perbanyakkan minum air putih. Biarpun nampak seperti tidak ada kaitannya dengan proses mengecilkan punggung atau paha, tetapi anda harus ingat ya. Untuk mengeluarkan lemak dan kolestrol jahat dari dalam tubuh diperlukan metabolisme tubuh yang lancar.

4. Bernafas Dan Cuba Kalahkan Nafsu!

Biasanya ketika sedang stres, seseorang itu cenderung mencari jalan pintas yang juga akan menambah kalori. Jadi, ini bermakna kita akan membuat pilihan makanan yang lebih baik ketika sedang bersantai!  Untuk mengatasinya, cuba lakukan latihan pernafasan seperti yoga. Ketika sedang rileks, kita tidak akan berasa lapar. Jika dilakukan secara teratur, anda pasti akan merasakan manfaatnya. 

Sumber info : http://www.wom.my


10

Bagus
13

Marah
16

Terkejut
18

Sedih
14

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (89 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kamil8891 24-11-2015 11:39 AM
sya suke girl punggung besar hahahha
Quote ms_furby 24-11-2015 12:55 PM
saya ada masalah itu!!!tolong...ekekek...turun 15kg saiz seluar tukar 1 je?sedihhhh....pinggang kemain ramping, mai kt bontot, x dapat nak nolong..sadis betoi.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.030197 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top