CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kerap Sakit Belakang? Ini Puncanya

24-11-2015 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 4963| Komen: 0

Oleh Izzah Abbasy

Memang tidak dinafikan sakit belakang sering menyerang anda jika selalu sangat melakukan kerja di pejabat dan duduk sahaja.

Namun, kadang-kadang tidak duduk terlalu lama juga akan menyebabkan sakit belakang ini. Jika seseorang itu aktif melakukan senaman juga berisiko sakit belakang ini. Apakah punca sebenarnya sakit belakang ini?

Jangan ambil remeh jika anda kerap sakit belakang. Ini punca kenapa anda sering sakit belakang.


 
1. Komputer
Jika anda bekerja di pejabat/di rumah dan menggunakan komputer seharian, anda sebenarnya cukup berisiko terkena sakit belakang. Menggunakan komputer dengan postur duduk yang tidak tepat  boleh menyebabkan sakit belakang. Untuk mencegahnya, duduklah dengan postur yang betul dan kemas meja kerja anda dengan baik.

2. Kasut
Memilih kasut juga penting untuk menjaga kesihatan belakang serta mencegahnya daripada rasa berdenyut-denyut. Salah satu, kasut yang paling banyak mengundang sakit belakang adalah kasut tumit tinggi. Kasut jenis ini akan membuatkan tubuh lebih condong ke depan sehingga membuat tulang belakang bekerja lebih kuat.

3. Beg
Beg yang terlalu berat juga adalah punca sakit belakang. Jika anda sudah terbiasa ‘menggendong’ beg yang berisi macam-macam, sehingga membebankan, cuba kurangkan ya. Mulai besok, jangan lagi bawa beg yang terlalu berat!

4. Telefon bimbit
Menggunakan telefon bimbit dalam waktu yang terlalu lama juga boleh mengundang punca sakit belakang.  Biasanya ketika menggunakan telefon bimbit, seseorang itu akan mencondongkan lehernya dan membuatkan postur tubuh menjadi tidak kena. Jika berjalan dalam masa yang agak lama, tidak mustahil anda akan diserang sakit belakang.

5. Dompet
Meletakkan dompet tebal di saku belakang, seperti yang sering dilakukan oleh kaum lelaki boleh menyebabkan sakit belakang. Kebiasaaan ini boleh menjadi punca sakit belakang kerana kedudukan dompet yang terlalu tebal dalam waktu yang lama akan memberikan tekanan pada otot di dalamnya.

6. Kurang bersenam
Ketika berasa sakit belakang biasanya seseorang akan beristirahat dan tidak berani untuk lasak bergerak. Sedangkan, jika ingin segera sembuh daripada kesakitan tersebut, anda disarankan agar tetap aktif melakukan senaman. Yoga adalah salah satu senaman yang boleh dilakukan untuk meredakan sakit belakang.



7. Berbasikal
Punca sakit belakang juga boleh dikaitkan dengan aktiviti berbasikal. Ia terjadi jika kedudukan basikal tidak tepat dengan postur tubuh ketika anda berbasikal.

Sumber info : http://www.wom.my

15

Bagus
7

Marah
15

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.039412 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top