CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Trending Adele Dan 'Hello' Kerana 7 Sebab Ini

30-11-2015 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 8615| Komen: 19

Oleh Izzah Abbasy

Mungkin bulan Oktober dan November adalah bulan kegemilangan bagi penyanyi antarabangsa, Adele kerana trending sejak beberapa bulan ini selepas kelahiran album terbaharunya berjudul, 25.




Apa yang telah menjadikan nama penyanyi dari United Kingdom terus mekar di bibir-bibir peminat adalah ;

1) Vokal

Tiada siapa boleh menafikan kehebatan vokal Adele yang unik. Jika di era 80an dan 90an kita mengenali Whitney Houston dan Celine Dion, Adele adalah diva generasi baru.

2) Lagu bagi golongan rentan

Dalam mana-mana industri muzik sekalipun, lagu dengan tema 'putus cinta' adalah yang paling mudah dijual. Ia memang satu resipi biasa dan Adele nyata bijak mempergunakan situasi ini.

Lagu-lagu seperti Hello dan Someone Like You adalah lagu wajib berada di dalam playlist sesiapa sahaja yang pernah putus cinta.

Dan kini, walaupun Adele sedang melalui saat-saat bahagia bersama teman lelaki dan anaknya, lagu-lagu bertemakan kekecewaan tetap menjadi pilihannya.

Dengar sahaja lagu Hello, ia pasti membuat anda terkenangkan si dia yang pernah hadir dalam hidup anda.


3) Penampilan

Tatkala ramai selebriti memilih untuk berdiet dan mendapatkan bentuk badan yang ramping, Adele pula sebaliknya. Dia tetap yakin dengan fizikal yang dimilikinya, malah Adele pernah memberitahu dia tidak akan berubah hanya kerana orang lain tidak menyukainya.

Adele juga melawan arus apabila memilih untuk tidak tampil seksi keterlaluan. Penghibur berusia 27 tahun ini selesa dengan penampilan yang sederhana namun masih nampak classy.



4) Cantik

Biarpun mungkin tidak tergolong dalam kategori cantik yang konvensional, tetapi satu fakta yang diakui ramai adalah Adele punya kecantikan tersendiri. Ramai berpendapat Adele memiliki kecantikan 'vintaj'.

Menurut majalah Vogue, kecantikan Adele bersifat "membawa kita ke satu zaman lain yang hanya boleh dirasai melalui perasaan".

5) Ibu yang prihatin

Adele tidak berkompromi dengan hal berkaitan anaknya, Angelo. Dia menyaman (dan menang) seorang paparazi yang mengambil gambar Angelo tanpa kebenaran.
Real

Seorang yang suka berterus-terang, Adele tidak menyembunyikan hakikat dia suka makan dan tidak gemar bersenam.

"Saya seorang penyanyi, bukan trendsetter. Saya lebih rela kelihatan gemuk dan punya karier yang hebat serta dihormati, daripada kelihatan cantik tetapi hanya popular kerana kontroversi."



6) Way to go, girl!

7) Ikon generasi muda


Dalam usia 27 tahun, Adele sudah punya segala-galanya. Kerjaya yang hebat, wang, populariti, anak yang comel dan paling penting, disayangi peminat seluruh dunia. - CARI Infonet

Info : Astro Awani

4

Bagus
20

Marah
19

Terkejut
19

Sedih
6

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myakayina 27-11-2015 10:51 AM
Quote dondangdendang 27-11-2015 10:57 AM
hello, its me.....
Quote crazecousa 27-11-2015 10:59 AM
dia ni gemuk...tp kadang2 nampak cun gak dpn kamera
Quote watachiwa 27-11-2015 12:16 PM
i love her voice
Quote MissMamamia75 27-11-2015 01:20 PM
Edited by MissMamamia75 at 27-11-2015 01:24 PM

lawak pulak kalo ingat lagu Adele Hello ni..

tringat pulak aritu anak fwd pasal ada org wasap kat ex bf dia lirik Hello...hahahaha..

link sini - http://www.someecards.com/love/d ... xt-adele-lyrics-ex/



link no 2 - msg lain  https://citizentv.co.ke/entertai ... lochallenge-105943/










Quote supernaturalee 27-11-2015 02:20 PM
xbrape best lh lagu hello ni

tgu next single plk
Quote -electrifying- 27-11-2015 03:20 PM
Aku kenal dia dan terus minat sjak lagu rolling in a deep
Quote lurve82 28-11-2015 02:07 PM
suka lagu hello tu...suara dia mmg vass da bomb...dia skrg nmpk kurus sket berbanding sblm ni...
Quote missus_meow 28-11-2015 04:14 PM
Like her voice, melody ok, but the lyrics, cam desperado lak  ....
Quote Roan 8-12-2015 07:20 PM
When We Were Young jadi second single.. Kenapa tidak Love In The Dark? lagu ni macam kesinambungan Someone Like You..
Quote kukukatablog 8-12-2015 09:28 PM
Roan replied at 8-12-2015 07:20 PM
When We Were Young jadi second single.. Kenapa tidak Love In The Dark? lagu ni macam kesinambungan S ...

Lagu Remedy paling aku suka dengor....

bagi aku kesinambungan Someone Like You lagu All I Ask...
Quote kukukatablog 8-12-2015 09:32 PM
Teringat dulu waktu grammy 2008/2009
aku frust Duffy kalah pada Adele, for the best new artist,
x kenal sapa Adele...

Dalam 2010/2011 saja nak try dengar sapa Adele ni sedap ker cari kat youtube,
waktu tuh dia tak ngetop lagi,
sbb waktu tu Duffy flop second album,
first dengar lagu Dont You Remember,
time tu baru rasa sedapnya suara Adele nih,
terus download satu album 21,
tiba dengar kat radio lagu Adele, Rolling In The Deep,
eh popular gak rupanya minah nih...
mmg dia diminati sbb suara dia...
Quote HannahMontana 9-12-2015 08:24 PM
sampai kesudah xmahu mengaku Yahudi


gampang sgt
Quote tomatome 11-12-2015 06:33 PM
kukukatablog replied at 8-12-2015 09:32 PM
Teringat dulu waktu grammy 2008/2009
aku frust Duffy kalah pada Adele, for the best new artist,
x  ...

Dont u remember plg best utk album tu.. X mellow tp touching... Lyric dia pehh
Quote alieyrina 12-12-2015 01:50 AM
When we were young tu best gak..lain2 lum dengaq..hello tu lagu dia sgt la boring duk ulang2 gitu..tp sbb sora dia ni best maka x jemu la jadi nya..

aku kenai dia semenjak chasing pavement ...terus minat..album 25 dia hampa beli ka donlod  
Quote ako_chan 15-12-2015 02:31 PM
adele... biar la org nk kata buruk pasal ko pon...
lantak pi la sama depa...
yg penting....

aku suka lagu2 ko...
hello - vocal ko xdpt disangkal lagi...
when we were young - klasik...

lagu yg lelain xdgr lagi...
so xleh nk comment lebih2...
Quote Roan 19-12-2015 10:59 AM
kukukatablog replied at 8-12-2015 09:28 PM
Lagu Remedy paling aku suka dengor....

bagi aku kesinambungan Someone Like You lagu All I Ask.. ...

Cuba dengar lagu dari album 19 - First Love, 21 - Someone Like You & 25 - Love In The Dark... Feels nak berskandal boleh sampai adakah ini pengaruh buruk donia musik????
Quote zasrfikri 20-1-2016 11:53 PM
Adele best kan. lagu Hello mmg fenomena dunia. hahahaa. Dah banyak dia pecah rekod.
Quote Ellebannaluxy 21-1-2016 12:00 AM
best album baru. tapi rolling in the deep mmg benchmark die pade aku la.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.074685 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top