|
Oleh Izzah Abbasy
Shah Alam sememangnya merupakan tempat yang mewah dengan pelbagai jenis makanan. Sebut sahaja nasi ayam, ia merupakan makanan yang paling digemari ramai kerana ia mudah didapati dan dikategori makanan yang segera. Jika berkunjung ke Seksyen 7 Shah Alam, singgahlah ke Chicken Rice Guys. Restoran ini antara yang terbaru di Shah Alam. Memang banyak restoran nasi ayam di sini, tetapi anda patut untuk cuba yang ini kerana nama kedainya yang unik. Menu yang paling popular ialah Nasi Ayam Yin Yang, yang mana anda akan dapat ayam roasted dan steam. Langsung tidak menyesal, kerana memang hidangan ini terbaik. Ayam dimasak sempurna. Selalunya nasi ayam akan berasa lebih seperti stok perencah dan bukan dari air rebusan ayam, tetapi tidak di sini. Malah sup yang dihidangkan bersama pun tak masin! Jika anda berpeluang ke sini, cuba juga nasi itik yang merupakan menu istimewa mereka. - CARI Infonet
![]() ![]() ![]() ![]() |
|
13
![]() Bagus |
7
![]() Marah |
22
![]() Terkejut |
11
![]() Sedih |
17
![]() Lawak |
19
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.169861 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.