|
oleh Adib ZA Anda merupakan peminat tegar menu yang melibatkan sotong atau telur sotong? Apa kata anda rancang percutian untuk awal tahun hadapan, sertai pesta candat sotong.
Ia lazimnya dianjurkan di negeri Terengganu dan dijadikan program pelancongan bersifat tahunan. Selain dapat bercuti bersama keluarga, anda bakal merasai sendiri pengalaman luar biasa mencandat sotong! Lokasi seperti Pulau Kapas dan Rhu Sepuluh di Setiu lazimnya mampu menjadi 'lubuk' kepada puluhan sotong yang bakal anda 'candat' dan nikmati. Menariknya, anda bakal melalui pulau-pulau indah di sekitar perairan Terengganu yang memang terkenal keindahannya di seluruh dunia.
Berdasarkan laman sesawayang mycandat.blogspot.com, waktu terbaik untuk mengikuti aktiviti mencandat sotong ialah pada bulan April, Mei dan Jun. Terdapat banyak pakej yang anda boleh pilih bagi menyertai aktiviti ini. Di samping itu, anda juga bakal disediakan banyak kemudahan seperti peralatan candat, chalet untuk simpan barang dan mandi, tekong berpengalaman dan pelbagai kemudahan lain. Jom, apa lagi, sertai aktiviti mencandat sotong! Pilih sendiri pakej dan agensi yang anda mahukan untuk menyertai aktiviti yang pasti memberi kepuasan kepada anda ini! - CARI Infonet |
|
16
![]() Bagus |
11
![]() Marah |
16
![]() Terkejut |
8
![]() Sedih |
3
![]() Lawak |
6
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.434256 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.