CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah Rayuan Kekal Hukuman Gantung Kes Sosilawati

5-12-2015 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 13739| Komen: 71

sumber imej: Malaysian Insider



Oleh : Fyruz Hanna

Putrajaya: Bekas peguam dan tiga lagi didapati bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya akan kekal ke tali gantung.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Aziah Ali terhadap  N Pathmanabhan, 45, serta T Thilaiyalagan, 23; R Matan, 24; dan R Kathavarayan, 35.

"Mahkamah juga menerima keterangan bahawa Thilaiyalagan, Matan dan Kathavarayan yang menunjukkan tempat kejadian dan membawa kepada penemuan barang bukti. 


"Kami berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. 

Apa yang boleh disimpulkan adalah Sosilawati sudah mati dan semua tertuduh adalah pelaku yang membawa kepada kematiannya dan tiga lagi," katanya.

Kesemua mereka didapati bersalah membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Kamaruddin Shamsuddin, 44. -CARI Infonet.

Sumber:Hmetro
25

Bagus
24

Marah
28

Terkejut
29

Sedih
16

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (143 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 4-12-2015 03:53 PM
Bunuh Sosilawati: Hukuman mati dikekalkan

http://www.sinarharian.com.my/se ... dikekalkan-1.458628

TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
4 Disember 2015



PUTRAJAYA - Hukuman mati yang dikenakan terhadap bekas peguam, N Pathmanathan dan tiga yang lain atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga pembantunya lima tahun lalu, dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan sebentar tadi.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim selepas menolak rayuan keempat-empatnya terhadap sabitan dan hukuman gantung.

Hakim Datuk Aziah Ali yang bersidang bersama Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Seri Zakaria Sam memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa tiada sebab untuk mereka mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati tertuduh bersalah membunuh keempat-empatnya.

"Tiada sebab untuk mahkamah mengubah keputusan mahkamah tinggi," katanya.

Tengku Maimun meluangkan masa hampir sejam membaca penghakiman tersebut.

Pathmanabhan, 45, dan tiga pekerja ladang T Thilaiyalagan, 23, R Matan, 24 dan Kathavarayan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 Mei 2013 setelah didapati bersalah membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Kesalahan itu dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Sosilawati dan tiga pembantunya dilaporkan hilang selepas mereka pergi ke Banting atas urusan tanah.

Kehilangan mereka menjadi tajuk utama akhbar. Keempat-empat lelaki itu ditangkap dan kemudiannya didakwa di mahkamah pada 2011.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff.
Quote mawarmatahari 4-12-2015 03:54 PM
Alhamdulillah...Terjawab segalanya.Hukuman yang setimpal tp pd aku tetap tk sama dgn penderitaan yang dilalui oleh mangsa kekejaman dan ahli keluaga simati.
Quote aHoi83 4-12-2015 03:54 PM
Cepat2 la gantung biar selesai. Sesak nafas tiap kali kes dibuat rayuan. Kalo bole sblm hukum gantung tu ke ne buat hukuman lain spt telor dijentik 100 kali sehari sampaila hr kene gantung
Quote jazaa100 4-12-2015 03:55 PM
Edited by jazaa100 at 4-12-2015 03:57 PM

Peguam tu klu ikat rambut mesti nampak kemas....
Quote jazaa100 4-12-2015 03:55 PM
Bagus....

Gantung je sampai mati....
Quote mak_wa95 4-12-2015 03:57 PM
gantung cepat2 la,
Quote hanakikan 4-12-2015 04:01 PM
Ada satu stage lg kan. Mahkamah persekutuan..kalau kekal gak sila minta belas ikhsan Agong
Quote uori 4-12-2015 04:21 PM
terkesima seketika bila tengok muka peguam tu tadi..
terkeliru
Quote EJALTI 4-12-2015 04:29 PM
‘Saya Terima Hati Terbuka’ – Anak Sosilawati

http://www.mynewshub.cc/2015/12/ ... nia-hanya-di-china/
Dec 4, 2015



ERNI Dekritawati Yuliana Buhari yang merupakan anak sulung kepada Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya menerima keputusan mahkamah dengan hati yang terbuka.

“Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan ketika dihubungi pada Jumaat.

Pihak mahkamah telah sebulat suara mengekalkan hukuman mati terhadap N. Pathamabahn dan tiga orang bekas pekerja ladang kerana didapati bersalah membunuh jutawan kosmetik itu bersama tiga yang lain lima tahun lalu.

Berita pembunuhan kejam tersebut telah mendapat liputan meluas pihak media sejak Sosilawati dilaporkan hilang selepas mengadakan pertemuan dengan suspek berkenaan mengembangkan urus niaga.

Turut menjadi mangsa pembunuhan kejam itu ialah pegawai bank, Noorhisham Mohamad; peguam Sosilawati, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu jutawan tersebut, Kamaruddin Samsuddin

Keputusan dibuat selepas Hakim Datuk Aziah Ali bersidang bersama Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Seri Zakaria Sam berpendapat tiada sebab untuk mereka mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang telah menjatuhkan hukuman ke atas keempat-empat mereka.
Quote itik_kuning 4-12-2015 04:33 PM
jazaa100 replied at 4-12-2015 03:55 PM
Peguam tu klu ikat rambut mesti nampak kemas....

itu trade mark dia la
Quote -electrifying- 4-12-2015 04:59 PM
uori replied at 4-12-2015 04:21 PM
terkesima seketika bila tengok muka peguam tu tadi..
terkeliru

Sama la dgn iols... Bercampur baur perasaan ini sama ada ingin hina atau sebaliknya
Quote mommymonster82 4-12-2015 05:02 PM
Alhamdulillah..ni dah rayuan ke berapa ni? Harap2la dah habis dah...
Quote mommymonster82 4-12-2015 05:05 PM
uori replied at 4-12-2015 04:21 PM
terkesima seketika bila tengok muka peguam tu tadi..
terkeliru

Samelah..iols terbayang2 gaya beliau ketika lm mahkamah ngan rambut rebonding gitu... mesti beberapa kali berhujah sambil flip rambut...
Quote uori 4-12-2015 05:14 PM
-electrifying- replied at 4-12-2015 04:59 PM
Sama la dgn iols... Bercampur baur perasaan ini sama ada ingin hina atau sebaliknya

nak buat macam mana
gaya memang mengundang penghinaan, gitewwww
Quote uori 4-12-2015 05:15 PM
mommymonster82 replied at 4-12-2015 05:05 PM
Samelah..iols terbayang2 gaya beliau ketika lm mahkamah ngan rambut rebonding gitu... mesti bebera ...

annoying kan
sudahlah rambut rebonding ni memang mengannoying kan,
laki pulak tu
keliru kejap bila nampak misai tadi
Quote jazaa100 4-12-2015 05:20 PM
itik_kuning replied at 4-12-2015 04:33 PM
itu trade mark dia la

Iya ke....

Aku klu tgok pompuan rambut mcm tu pun aku rimas....rasa nk bg cekak rambut je....

Lelaki klu rambut pjg, pastu diikat.....memang hensem...

Btw....pathmanaban ni guna lawyer dari biro guaman ke?   Ni kes besar, patutnya kena amik lawyer yg famous mcm karpal singh ke.....oopss, bergoncang pulak kubur karpal nanti.....



Quote mommymonster82 4-12-2015 05:34 PM
uori replied at 4-12-2015 05:15 PM
annoying kan
sudahlah rambut rebonding ni memang mengannoying kan,
laki pulak tu  ...

Hahahahaha....
Gaya, mutu, keunggulan. Hahaha
Quote Teru2Bozu 4-12-2015 06:04 PM
ada x hukuman lg kejam sebelom digantung? siksa dulu ke..mcm dia siksa mangsa tu sume?
Quote dani-rox 4-12-2015 06:52 PM
tergelak tengok rambut lawyer yg diluruskan dgn teknik rebonding itteww

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.119571 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top