CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Chef Wan Tersentuh Dengan Keperibadian Tunku Abdul Jalil

7-12-2015 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 13690| Komen: 32



Oleh : TS LOO

sumber foto : https://www.instagram.com/p/-6SLF7ngtn/?taken-by=chefwan58



Selain Datuk Siti Nurhaliza, chef No.1 negara, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan turut berkongsi pengalaman beliau ketika pertama kali disapa Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Ismail.

Menulis pengalaman peribadi menerusi laman Instagram beliau, Chef Wan berkata, kisah pertemuan mereka berdua bermula ketika berada dalam satu penerbangan yang secara kebetulan sama beberapa tahun lalu.

Tanpa mengenali itu adalah Tunku Abdul Jalil, Chef Wan menceritakan kembali bila mana Almarhum bersalam dengannya dan berkata, “Hi, boleh saya bersalam dengan Chef Wan dan saya merupakan peminat setia Chef Wan.

“Saya dan kakak selalu bermain masak-masak depan televisyen ketika menyaksikan program masakan oleh Chef Wan. Anda sentiasa buat saya ketawa.”


Kemudiannya, Tunku Abdul Jalil mengajak Chef Wan bertukar kerusi dan duduk di sebelahnya bagi membolehkan mereka berborak dengan lebih selesa sepanjang penerbangan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur itu.

Ketika itu, Chef Wan bertanya putera berjiwa rakyat tersebut bekerja sebagai apa tanpa sekalipun beliau langsung menyedari yang berada di sebelahnya pada masa itu sebenarnya ialah Tunku Abdul Jalil.

Jawab Almarhum, baginda sedang menjalani latihan kepolisan dan lantas mendengar jawapan itu, Chef Wan menasihatkan Tunku Abdul Jalil agar makan lebih lagi memandangkan keadaan baginda sangat kurus waktu itu.

Hanya ketika Tunku Abdul Jalil menghadiahkan Chef Wan sebuah buku mengenai sejarah diraja Johor, baharulah cef itu sedar anak muda yang sangat merendah diri dan baik hati itu adalah anakanda kepada Sultan dan Permaisuri Johor.

Menitipkan ucapan salam takziah buat kerabat diraja Johor, Chef Wan mendoakan agar roh baginda dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang soleh dan beriman. - CARI Infonet



26

Bagus
26

Marah
22

Terkejut
24

Sedih
20

Lawak
42

Bosan

Friends Rank (160 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MH37O 7-12-2015 11:17 AM
tersentuh je ke chef wan oii...patutnya kau ter insaf...almaklumlah,ko punya lifestyle kan teruk walaupun dah tua2 bangka...

apa pung, ta'ziah kerabat johor..
Quote CrowneGlory 7-12-2015 11:19 AM
Baik budaknya....patutla x sempat2 lufya mengaku bf
Quote supersudoku 7-12-2015 11:21 AM
MH37O replied at 7-12-2015 11:17 AM
tersentuh je ke chef wan oii...patutnya kau ter insaf...almaklumlah,ko punya lifestyle kan teruk wal ...

dia letak gamba lukisan pompuan topless..
pastu org komen apa ntah cam x hormat wanita..terus kene block uolls

Quote raby87 7-12-2015 11:47 AM
MH37O replied at 7-12-2015 11:17 AM
tersentuh je ke chef wan oii...patutnya kau ter insaf...almaklumlah,ko punya lifestyle kan teruk wal ...

sgt trk life die...kt plak tersentuh tgk life die...
Quote pinkzara 7-12-2015 12:07 PM
CW tu dh berada di kelasnya tersendiri.
dia dh byk melakar kejayaan sama ada utk peribadi mahupun melibatkan negara.
yg komplen byk cekadak sgt tu, apa mencapaian uol yg paling gemilang?

sebelum nak suruh org lain muhasabah..meh kita dulu duduk bermuhasah. Itu lebih baik.
Quote mimi77 7-12-2015 12:11 PM
X semua org kenai anak2 raja
Quote lasagnaklcc 7-12-2015 12:19 PM
Takkan nak perkenalkan, saya anak sultan johor. Mcm awkward je.
Quote plasterhati 7-12-2015 12:27 PM
Alahai acik wan..nak jgk komen..
Quote -electrifying- 7-12-2015 12:28 PM
Humble org nya dia ni... Aku pun tak pernah nk amek taw psl kerabat diraja, tp dia ni lain sikit...
Semoga aman2 disana...
Quote melinda_kerr 7-12-2015 12:33 PM
Nasib ada translation. English chef wan byk kali kena ulang baca.. Hehe. Apapun dr sini tak dinafikan keperibadian almarhum dan rasanya satu malaysia dan semua lapisan masyarakat mengenali chef wan.
Quote melinda_kerr 7-12-2015 12:36 PM
lasagnaklcc replied at 7-12-2015 12:19 PM
Takkan nak perkenalkan, saya anak sultan johor. Mcm awkward je.

u punya social network takde ke anak vip? Byk je yg bangga diri dgn diaorg punya status. Siap mention anak sapa anak sapa. Tp almarhum bukan chefwan sorang yg puji dia humble .. Banyak org.
Quote tn9 7-12-2015 12:46 PM
pinkzara replied at 7-12-2015 12:07 PM
CW tu dh berada di kelasnya tersendiri.
dia dh byk melakar kejayaan sama ada utk peribadi mahupun m ...

tulah..x phm ngan org2 yg perasan diri bagus sgt..org citer pasal Arwah TJ tapi sibuk nk membhn peribadi CW
Quote mokcikKSKB 7-12-2015 01:42 PM
karats chefwan detected..jgn jd benang nd ngan pasah udah ler.
kejayaan dia byk dlm bidang dia lah..tp sama naik ngan mulut dia yg bising kat ig je lebih.kalau prg lawan balik dia sentap..org muda pon reti hormat org tua. CW ni merpyan je lebih..andropose gamaknya
Quote noraidil_06 7-12-2015 06:13 PM
melinda_kerr replied at 7-12-2015 12:36 PM
u punya social network takde ke anak vip? Byk je yg bangga diri dgn diaorg punya status. Siap ment ...

Exactly.i was in a meeting last week.someone introduce himself as ank mb negeri so and so. I ckp 'oooo ank datuk...., but ur dad looks so young'. Tersipu2 that guy jwp, his dad was mb dlm thn 60an. Pengsan! Kena google baru tau.
Quote noraidil_06 7-12-2015 06:14 PM
pinkzara replied at 7-12-2015 12:07 PM
CW tu dh berada di kelasnya tersendiri.
dia dh byk melakar kejayaan sama ada utk peribadi mahupun m ...

Wpun imho chefwan is so full of himself, but most of the time ape yg dia ckp tu betul.

#officiallykaratchefwan
Quote akusukaq 7-12-2015 06:19 PM
pinkzara replied at 7-12-2015 04:07 AM
CW tu dh berada di kelasnya tersendiri.
dia dh byk melakar kejayaan sama ada utk peribadi mahupun m ...

Sokong 200%
Quote melinda_kerr 7-12-2015 06:20 PM
Edited by melinda_kerr at 7-12-2015 06:21 PM
noraidil_06 replied at 7-12-2015 06:13 PM
Exactly.i was in a meeting last week.someone introduce himself as ank mb negeri so and so. I ckp ' ...


Kan sis. Byk jer type mcmni. Kdg mls nk dgr tp disbbkn urusan kerja so tadahkn ajerlah. Dalam hati ckp ..can u stop talking bout ur dad? Ada tu dlm social network kt fb pun nk tulis nama A bin Datuk J. Blurghh.

#imalsokaratchefwan hehe
Quote getarsukma 7-12-2015 06:21 PM
Dlm IG chefwan dia cerita naik flight biz class dgn Arwah TJ.. TJ datang tegur dia then mintak dia pindah ke depan duduk sebelah... dia pun ok..

Bila borak TJ ckp dia baru lepas training polis.. then TJ nak bagi buku abt Johor.. dia ingat TJ keja author jugak.. TJ ckp tak.. buku tu bapa dia commissioned to be published... then only CW tau tu anak raja johor bila tengok signature dia...

Tp yang lebih menarik perhatian ai, dengan mudah sekali CW setuju untuk pindah seat duduk sebelah dan sembang2 sepanjang flight... kalau TJ tu tak rupa jambu agak2 dia nak layan tak??
Quote noraidil_06 7-12-2015 06:28 PM
getarsukma replied at 7-12-2015 06:21 PM
Dlm IG chefwan dia cerita naik flight biz class dgn Arwah TJ.. TJ datang tegur dia then mintak dia p ...

Hahahahhaha.x baik tau.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.103636 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top