Oleh : TS LOO
Ciuman ala Perancis atau popular disebut French Kiss biasanya dianggap cumbuan paling romantik, namun kajian saintis Belanda mendapati dalam tempoh 10 saat sahaja ia mampu menyebarkan 80 juta bakteria dari mulut ke mulut. Penemuan memeranjatkan itu didedahkan penyelidik terkemuka bidang genom mikrobiologi di Universiti Amsterdam, Prof. Remco Kort sekali gus menasihatkan pasangan agar lebih berhati-hati walaupun niat asalnya mahu menunjukkan tanda kasih sayang. “Saat ciuman itu, kami mendapati banyak bakteria di paparan skrin komputer, namun hanya sebahagian kecil sahaja yang membuat koloni di tubuh badan,” kata beliau yang menyarankan pasangan cuma cium mulut paling banyak pun 8 kali dalam sehari.
Dianggarkan 700 jenis bakteria hidup bebas di mulut manusia normal daripada keseluruhan 100 trilion mikroorganisme di tubuh badan dan kebanyakan bakteria itu membantu dalam proses mencerna makanan selain mencegah penyakit secara semula jadi. Lidah ujar Kort, adalah tempat paling disukai bakteria yang mendiami bahagian otot paling lembut itu dan ia mampu bergerak dinamik menerusi air liur sama ada diludah, muntah atau cium French Kiss yang banyak guna pergerakan kuluman atau jeliran lidah. Bagi memahami isu itu, penyelidik telah minta seseorang minum yogurt mengandungi bakteria Lactobacillus dan Bifidobacteria sebelum cium mulut secara French Kiss pasangannya yang tidak minum yogurt dan hasilnya, bakteria didapati bertambah lebih tiga kali ganda. Kort berpendapat, bakteria dipindahkan dari lidah peminum yogurt itu kepada pasangannya dan kajian mendapati keadaan tidak berlaku jika individu sekadar mencium bibir temannya itu dengan kedua-dua menutup rapat mulut masing-masing. sumber info : bbc.com/
|
16
Bagus |
15
Marah |
17
Terkejut |
31
Sedih |
14
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT