SEORANG wanita meraih perhatian ramai selepas dia memberi kebenaran untuk suaminya berpoligami. Menerusi video tular, wanita dikenali sebagai Syazwani Mirabilia, 34, dengan rela hati memasang pelamin untuk persandingan suaminya yang berlangsung pada Sabtu. Bercakap kepada mStar, Syazwani mendedahkan suaminya yang berusia 43 tahun telah berkahwin lain pada Ogos 2023, namun baru kini berkesempatan mengadakan majlis secara kecil-kecilan. "Majlis itu semalam (Sabtu). Suami saya dah nikah dengan isteri kedua pada Ogos hari tu. Tapi semalam baru buat majlis kecil-kecilan.
"Saya buat pelamin untuk suami dan madu saya. Suami tak nak pun buat pelamin semua tu, tapi saya yang nak buat untuk mereka. Saya okay saja untuk kebahagiaan suami. "Saya dah anggap madu macam adik saya sendiri. Dia bantu lengkapkan apa yang kurang dalam keluarga saya," ujar Syazwani yang menetap di Kulim, Kedah. Menurut Syazwani, usia perkahwinanya kini mencecah usia 12 tahun namun dia dan suami masih belum dikurniakan cahaya mata. Syazwani berkata dia dan madu turut bekerja dengan suaminya, di samping menguruskan bisnes pelamin sendiri yang diusahakan sejak 10 tahun lalu. "Suami saya buka kedai tayar. Sekarang saya dan madu kerja sekali kat kedai suami. Saya kerja Sumber Manusia (HR) kat situ. Isteri nombor dua kerani. "Saya memang buat pelamin. Saya ada bisnes buat pelamin dah 10 tahun," ujar Syazwani lagi. Dalam pada itu, video ketika Syazwani sedang membuat kerja pemasangan pelamin suaminya turut meraih lebih 100,000 tontonan di aplikasi TikTok. Malah, Syzwani turut berkongsi sekeping foto ketika dia bergambar dengan suami dan madunya di atas pelamin. Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kagum melihat Syazwani kuat menempuhi ujian kehidupan, malah ramai mengakui tidak mampu untuk melalui ujian sepertinya. "Ish serius la akak? Akak telan apa bagi kuat macam ni? "Semoga dengan kesabaran awak, Allah kurniakan awak cahaya mata. "Ya Allah, akak baca pasal madu tu sebak terus. Kalau akak tak kuat. Tapi untukmu, terus kuat ya. "Tahniah awak kerana menjadi seorang isteri yang sangat kuat dan ikhlas. Moga syurga Allah untukmu," tulis netizen. Sumber : mStar |
Sekarang saya dan madu kerja sekali kat kedai suami. Saya kerja Sumber Manusia (HR) kat situ. Isteri nombor dua kerani.
IzzahF replied at 8-1-2024 09:20 AM
bersederhana la kak tayah post2 mcm ni, kang jadi apa2 chuols jugak yg kena kecam. nurtizen kalo bab ...
green~tea replied at 8-1-2024 03:18 PM
Terpaling sporting terpaling redha, terpaling payung emas, terpaling isteri solehahhhhhh
exclusive_vvip replied at 8-1-2024 06:23 PM
pompuan ni ada jual produk ke? npk mcm mmg nak minta viral je..
ADVERTISEMENT