CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Senyuman Wanita Malaysia Adalah Jemputan Untuk Mengikuti Mereka Pulang" ... ...

8-12-2015 02:31 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 9821| Komen: 31

Oleh Izzah Abbasy

Kenyataan yang dilempar oleh Rizalman Ismail, 39 bekas atase tentera yang bertugas di
pejabat Kedutaan Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand ini betul-betul tidak masuk akal. Sekaligus memalukan nama baik Malaysia malahan mencemarkan budaya orang Malaysia sahaja.

Muhammad Rizalman Ismail yang menghadapi pertuduhan serangan seksual (rogol) ke atas seorang wanita, Tania Billingsley yang pulang ke rumah di New Zealand selepas membeli belah di sebuah pasar raya tempatan di Wellington pada 8 Mei 2014.


Tersebut beberapa Kenyataan Rizalman ketika pendakwa raya Grant Burston, pihak Mahkamah Tinggi Wellington menyoal beberapa soalan kepadanya.

1) Di Malaysia, senyuman adalah isyarat untuk kita ikut.

2) Mengikut budaya di Malaysia bahawa apabila wanita tersenyum, ia adalah jemputan kepada lelaki untuk mengikuti mereka.

3) Mengikut budaya di Malaysia, jika seorang wanita senyum pada seorang lelaki, ini dianggap mereka gembira dan mahu mengenali orang itu.

4) Jika senyuman wanita adalah jemputan untuk mengikuti mereka pulang, ia adalah jemputan untuk kita mengikutinya.

Menurut akhbar NZ Herald, Rizalman dalam keterangannya berkata dia ‘mendapat isyarat’ dari Billingsley yang melemparkan senyuman ke arahnya.

Laporan itu kemudian berkata Rizalman yang mengikuti Billingsley ke rumah memberitahu mahkamah bahawa dia menunggu di luar rumah untuk masa yang agak lama kerana wanita itu telah menutup pintu dan dia menjangkakan akan dijemput masuk.

Rizalman mendakwa dia menanggalkan seluar dan seluar dalamnya sebab mahu segera membuang air besar dan bukan kerana mahu melakukan hubungan seks dengan Billingsley. Dia dengan senyapnya memasuki ke bilik
Billingsley.

Billingsley ketika itu berada di dalam bilik dan sedang menonton filem, terkejut dengan tindakan Rizalman lalu dia bangun dan mula menjerit serta meminta Rizalman untuk keluar. Rizalman mendekati beliau, lalu bahunya disentuh dan mereka bergelut.

Billingsley bangun dan berjaya menolak Rizalman keluar dari bilik itu. Selepas menghalaunya dari rumahnya, wanita itu mengunci pintu dan berlari ke bilik air untuk memanggil polis.


Serius, sangat tidak masuk akal kenyataan yang diberikan oleh Rizalman. Adakah dia sengaja ingin menjatuhkan imej wanita Malaysia atau dia sendiri tidak waras dalam memberi keterangan?

Jika senyuman wanita Malaysia adalah jemputan untuk mengajak lelaki mendekati, kiranya semua peniaga dan wanita yang menjaga kaunter serta wanita lain-lain memberi isyarat untuk menyuruh lelaki mengikut mereka? Begitu??? Sungguh memalukan! Ia akan menjadi 'bahan' lawak kepada masyarakat negara lain sahaja apabila melancong ke Malaysia. MEMALUKAN MALAYSIA - CARI Infonet

13

Bagus
32

Marah
9

Terkejut
19

Sedih
23

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rawahah 8-12-2015 02:41 PM
celaka betul..
Quote barfi 8-12-2015 02:51 PM
So wanita malaysia lepas ni jangan senyum2 ya. Buat muka serius menonong je nak kemana mana lepas ni. Kang tak pasal2 kena follow pula
Quote nizamXF 8-12-2015 03:01 PM
mangkuk giler seks hayun tingkek bertingkek tingkek ni   
Quote jelitaqasyah 8-12-2015 03:03 PM
bongoknya dia ni.. wat malu tentera je.. nasib bekas je... gila seks!!! kalau bini dia senyum, bolehla laki lain ikut balik kot!
geram tul!! memalukan r...
Quote MangkokHayon 8-12-2015 03:08 PM
nasib baik rogol je. kalau rogol pastu bunuh lag malu.
Quote mamaezah 8-12-2015 04:13 PM
ishhh...kuangajaqnya stetmen beliyauuuu
Quote mamarock 8-12-2015 04:20 PM
Kenyataan ni boleh buat mat salleh silap faham. Harap pompuan Msia jgn dok senyum kat mat salleh. Tak pasal-pasal ada yang ngikut nanti.
Quote starbee 8-12-2015 04:33 PM
bengongnya dia nie... murahan sangat ke pompuan yg senyum... dia yg gila sek kot..
Quote kisahkeaku 8-12-2015 04:34 PM
gile seks dia ni..senyuman kan sedekah...bongok botingkek2
Quote tagas 8-12-2015 04:56 PM
ke dia tak phm english

pendakwa soal lain dia ingat lain
Quote rina0602 8-12-2015 06:04 PM
Kesian isteri dia
Quote ChildrenOfBodom 8-12-2015 07:40 PM
thread dah ada la, celaka
Quote perang_candu 8-12-2015 07:42 PM
ambik gamba sambil pegang telepon...
Quote noor2 8-12-2015 07:49 PM
Yang percaya aja bodoh ....
Quote MeghanK 8-12-2015 07:53 PM
thread dah ada laa..wartawan cari ni memang tak reti belajar ke
dah ramai orang komplen pon tak amek peduli lagi
kata berada dalam kelas tersendiri..kelas belakang ke camne
Quote bluehedgehog 8-12-2015 08:05 PM
Pm mcm tu anak buah pun cm tu
Quote Skuau 8-12-2015 08:50 PM
Abg Bangla percaya...Abam Negro percaya.....
Quote aTiKah_aYuNi 9-12-2015 07:59 AM
sila mati....   

jgn balik malaysia lagi...
Quote ultra78 9-12-2015 08:09 AM
Nampaknya wartawan CARI sudah pandai memilih tajuk thread yg menarik. Belajar dari kak @GhostWalking kot

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.277929 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top